Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari [Petua 4]

Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah dengan menjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi.
Di waktu pagi selalunya minda anda lebih segar kerana baru sahaja berehat sepanjang malam. Namun, masalahnya ialah jika anda tidak menjaga masa tidur anda, minda anda akan sentiasa keletihan dan tidak mampu mengingati sesuatu dengan mudah. Saya mahu tanya anda, pukul berapa anda tidur pada waktu malam? 10? 12? 2 pagi? kebanyakan pelajar mengatakan mereka tidur antara pukul 10 hingga 12 malam.

Ada juga yang tidur lebih lewat daripada itu. Mengapa? Belajar adalah alasan mereka. Anda perlu tahu, minda anda adalah alat utama untuk anda mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Jika seorang pelumba motosikal memerlukan motosikal sebagai alat utama dan pelumba kereta memerlukan kereta sebagai alat utama, anda perlukan minda anda. Jika minda anda lemah, sama seperti motor atau kereta yang tidak berkuasa, pasti tidak boleh memenangi pertandingan. Jadi anda perlu dapatkan tidur yang mencukupi.

Menurut satu kajian yang saya baca, masa paling bagus untuk tidur supaya mendapat kesan rehat yang baik ialah sebelum pukul 12 tengah malam. Jika anda tidur dalam pukul 10 atau 11 malam, tubuh anda akan rasa lebih segar di waktu pagi kerana waktu itu sangat sesuai untuk tubuh manusia berehat dan tidur. Katakan anda tidur pada pukul 1 atau 2 pagi, tubuh dan minda anda akan rasa penat walaupun anda bangun lewat keesokan harinya.Mulai hari ini, jika anda biasa tidur lewat untuk mengulangkaji, dapatkan satu atau dua hari dalam seminggu untuk tidur awal (antara pukul 10 hingga 11).

Ini akan memberi tubuh badan dan minda anda masa yang cukup untuk berehat sepenuhnya. Ingat, tubuh dan minda yang segar akan membuat anda jadi lebih aktif dan mampu mengingati apa yang anda pelajari dengan lebih mudah.Satu cara mudah untuk tidur awal pula ialah dengan melakukan aktiviti riadhah / sukan yang berat sedikit pada waktu petang. Apabila tubuh anda letih akibat riadhah yang menyihatkan, anda akan lebih mudah tidur. Dalam masa yang sama, kurangkan tidur pada waktu siang.

Selamat mencuba.

Sumber: Osman Affan

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger