Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda ingat.
Tentu anda pernah dengar pepatah Inggeris yang mengatakan ‘Repetition is the mother of all skills” (Pengulangan adalah ibu kepada segala kemahiran). Jika anda mahu pandai menaiki basikal, anda mesti menunggang basikal berulang-ulang kali hingga anda benar-benar pandai dan cekap. Katakan anda baru mengenali seseorang dan dia memperkenalkan diri dan namanya. Tentu anda ada pengalaman sebaik sahaja seseorang memberitahu nama mereka, anda lupa apa nama itu.
Akhirnya anda dengan rasa malu terpaksa bertanya sekali lagi. Untuk mengelakkan perkara begini, setelah seseorang itu memperkenalkan namanya, anda perlu sebut nama itu kembali dan gunakannya dalam perbualan anda. Contohnya,
“Nama saya Ahmad.”
“Oh..Ahmad…..Ahmad dari mana….” Ahmad ke sini ada urusan apa?”
Apabila anda mengulang nama itu beberapa kali dalam perbualan anda, anda jadi lebih mudah ingat nama itu. Di dalam pelajaran pula, satu teknik terbaik untuk ingat apa yang guru anda ajarkan ialah pada waktu malam sebelum anda tidur, anda buka semula buku dan nota yang anda tulis dalam kelas bersama guru anda siang tadi.
Baca semula buku dan nota itu sepintas lalu. Cuba ingat semula apa maksud tulisan anda itu. Lebih baik lagi, cuba ingat bagaimana cara guru anda menerangkan tentang nota itu siang tadi. Ia seolah-olah anda cuba memainkan semula video di dalam minda anda mengenai apa yang anda pelajari siang tadi. Hasilnya, anda akan ingat lebih lama apa yang anda pelajari.
Jika anda cuba menghafal sifir juga, anda mungkin rasa susah hendak hafal jika anda baru mencuba 5 ke 10 kali sahaja. Apa kata anda cuba hingga 100 kali. Tentu ia jadi lebih mudah.
Selamat mencuba!!
sumber: Pakar motivasi, Osman Affan
Suka entri ini? (=^_^=)
Post a Comment