Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta.
Contohnya, jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera cuba menyelesaikan masalah atau latihan matematik dalam subjek tersebut. Mengapa? Kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba perkara yang baru dipelajari. Jika satu topik baru diajar pada hari Isnin dan kerja rumah diberikan, pelajar akan berlengah-lengah dalam melaksanakan kerja tersebut.
Seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini, jika pelajar bertangguh hingga melepasi tempoh 48 jam, mereka akan lupa lebih daripada 90% apa yang mereka pelajari itu.Setelah anda pelajari topik baru, anda perlu segera mencuba dan buat latihan berkenaan. Ini adalah kerana, dalam masa yang singkat sahaja anda akan lupa apa yang guru anda telah ajarkan.
Apabila anda lupa, anda tidak akan faham nota yang telah anda tulis sendiri. Apa akan jadi ialah anda perlu belajar semula topik itu dari awal hingga akhir. Katakan anda sedang belajar subjek selain subjek matematik. Katakan anda sedang belajar subjek sejarah.
Apabila guru anda menerangkan tentang kisah penjajahan Jepun contohnya, anda boleh bayangkan seolah-olah anda sendiri berada pada zaman itu. Apabila anda bayangkan begitu, anda akan rasa lebih jelas mengenai kisah sejarah itu. Ia seolah-olah anda boleh lihat semua kejadian semasa zaman itu di dalam minda anda. Ini akan membuat anda lebih ingat akan topik ini.
Satu kelebihan utama jika anda praktikkan apa yang anda pelajari secepat mungkin ialah anda akan cepat dapat menguasainya. Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ’susah’ hanyalah pada peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, semuanya akan jadi lebih mudah dan selesa. Sama seperti anda belajar menunggang basikal.
Pada mulanya anda perlu ingat bagaimana cara hendak mengayuh dengan betul. Tetapi setelah anda menguasainya, anda boleh lakukannya tanpa berfikir. Malah, walaupun anda tidak menunggang basikal bertahun-tahun lamanya, kemahiran menunggang basikal pasti masih ada pada anda.
Selamat mencuba.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment