Oleh: Surya Sufie
Saya berdoa semoga ramai orang yang sudah berkahwin baca post ini. Di dalam perkahwinan, banyak lagi sebenarnya yang saya perlu belajar. Cuma ini ada beberapa panduan dan saranan untuk yang mahu tahu mengenai isu dalam rumahtangga.
Pertama:
Perkahwinan dibina oleh dua orang. Jadi di dalam membina rumahtangga, tiada istilah kepala masing masing. Tiada 'saya' dalam perkahwinan melainkan 'Kita'.
Kedua:
Sudi rendahkan diri dan memulakan sesuatu bicara, tanpa perlu menunggu pasangan bercakap. Hiasi rumahtangga dengan kemesraan bergurau, dan kata kata yang menyejukkan hati pasangan. Mesra bukan hanya di atas katil.
Ketiga:
Elakkan dari masam muka di depan pasangan. Ramai orang bercerai bukan kerana tidak cinta tetapi kerana tidak beritahu apa yang mereka pendamkan. Pada masa yang sama tidak bertanya mengapa. Jangan pendam lama lama nanti meletup.
Keempat:
Biasakan diri senyum dan tidak memandang remeh kepada perkara yang kecil. Mungkin ada diantara perkara yang kita anggap kecil tetapi mungkin besar bagi pasangan. Hargai mereka dan raikan.
Kelima:
Buatlah setiap perkara atas niat bukan kerana pasangan. Ya, jangan buat sesuatu perkara baik kerana seseorang. Sebaiknya, bila kita memberikan dan buat sesuatu pasang nawaitu di hati bahawa, "Saya buat kerana ia tanggungjawab saya."
Ini akan menyelamatkan anda dari tercedera emosi bila pasangan anda tidak berterima kasih.
Keenam:
Kebahagiaan terletak pada dua perkara, satu bila seorang suami sudi menghargai isteri dan isteri menghormati suami. Bila suami ada masalah, jangan tanya tetapi hulurkan pertanyaan yang membantu. Contoh pertanyaan yang membantu :
" abang ada masalah duit ke , meh sayang bantu."
Elakkan dari berbuat sebegini, " abang ni asyik masam muka pasai, cuba bagi tahu sayang!"
Ini kerana sifat lelaki mahu selesaikan masalah mereka sendiri. Jadi perlu ada seni untuk menarik perhatian suami.
Jika isteri ada masalah pula, lelaki jangan semata-mata memberi solusi atau jawapan bagi masalah mereka. Mereka cuma mahu perhatian anda. Mereka hanya mahu didengari dan didampingi.
Sebut dan panjangkan keluhan isteri, " oh ya ke.. Allah.. macamana boleh jadi macam tu.."
Itu pun sudah cukup bagi wanita. Kan?
Ketujuh:
Bagi saya ramai orang ada kunci atau petua kebahagiaan mereka masing-masing. Sering tengok gambar kahwin, imbasan kenangan indah, masak bersama, makan aiskrim walls , berjalan jalan dan seumpamanya. Bahkan, ada pasangan yang beritahu saya bahawa mereka suka berdating di MPH berjam-jam membaca buku bersama. Double wow.
Itu depends pada anda. Macam justin bieber kata, "you should go and love yourself" .
Untuk saya kunci bahagia saya dalam rumahtangga adalah , "Apa jua yang anda suka , buat bersama pasangan."
Makan bersama, setiap lepas 5 solat waktu memastikan baca Quran bersama, basuh kereta bersama, pergi event bersama sama, dengar lagu satu earphone sama sama, pergi event sama sama.
Walaupun pada awalnya, mungkin salah seorang tidak berapa suka. Tapi kita boleh berikan dorongan. Kan?
Dan.. paling menarik adalah bila kita melihat pasangan, dan dia melihat kita lalu kita menyatakan bahawa dia insan paling gila di dunia ini kerana sanggup menerima kita. Have fun dengan pasangan.
Last word, anggap dia sebagai kawan baik kita. ☺
Moga moga post ini dapat membantu pasangan di luar sana dan yang suka belajar ilmu rumahtangga. Jika anda berminat, sila nanti nantikan post seterusnya atau boleh daftar talk SPIM sesi kedua minggu ini.
Terimas! Sila sudi share jika ia bermanfaat. Ce try di rumah! ;)
#Inspirasi