Alhamdulillah...
CUTI SEKOLAH lagi kita nanti mulai 22 November sehingga 31 Disember 2014, insyaaALLAH...
Program Cuti Sekolah, Genius SOLEH
Inilah poster untuk para peserta, yang diterima pada hari terakhir GENIUS SOLEH, setiap kali musim cuti sekolah, kami komited berkongsi dan memberikan yang terbaik untuk pengisian masa CUTI sekolah anak-anak.
Banyak aktiviti yang kami target untuk pembinaan modal INSAN dan demi melihat generasi pewaris negara kita ini, mempunyai AKHLAK, SAHSIAH, ADAB & PERIBADI yang jitu... insyaaALLAH..
Namun, kami di Infitah pun sedar, bahawa ada beberapa 'step' yang perlu kami susun, seperti menyusun susunan batu-bata, dan anak-tangga yang bermula dari bawah... Yang penting, mantapkan dulu pemahaman anak-anak untuk mengikut dan menunjukkan contoh akhlak terbaik. Biar mereka faham, setiap perilaku yang mereka lakukan, bukan kerana sekadar mengikut-ikut 'trend' dan untuk 'mencapub' (mencari publisiti) di kalangan rakan-rakan.
Mencapub, yea.. itulah antara istilah remaja hari ini, untuk meniru aksi & gaya dari luar. Seperti dari Korea, US dan sebagainya.. Jika aksi POSITIF yang ditiru seperti AMALAN MEMBACA, menjaga KEBERSIHAN, menepati WAKTU dan sebagainya, itu memang TERBAIK! tapi yang salahnya, perilaku negatif yang mudah diserap oleh anak-anak kita sekarang. Na'uzubillah... (minta dijauhkan).
Jika diikutkan hati kami ni, mahu sahaja kami adakan kelas BERENANG, MENUNGGANG KUDA & MEMANAH untuk anak-anak ini, sekarang juga.. Tapi.. sabar dulu yea.. Ada beberapa hal yang perlu kami KUKUHkan dulu pada musim CUTI SEKOLAH pada kali ini, yang aktiviti yang mengikut sunnah itu, insyaaALLAH bakal menyusul... amin.. (doakan kami) ^_^
Aktiviti program cuti sekolah pada kali ni, FOKUS UTAMAnya adalah:
Yea!! Kami akan berkongsi TIPS-TIPS yang menarik selama 2 hari untuk SUBJEK BAHASA ARAB sekolah rendah..
Kami juga sedar, ada ramai di kalangan ibubapa dan anak-anak yang sangat minat untuk berkomunikasi menggunakan bahasa SYURGA ini. Juga teringin untuk memahami AL-QURAN yang dibaca dengan lebih 'puas-hati'. Kami gunakan istilah puas-hati di sini, sebab, kami pun mengalami situasi yang sama dan sangat memahami, betapa seronoknya jika Al-Quran yang dibaca setiap hari, kita FAHAM setiap ayatnya! YES! Itulah juga cita-cita & impian kami.
Jika tidak semua ayat pun, ada beberapa patah-perkataan yang kita tahu maknanya pun, kita dah gembira sangat, kan? ^_^
InsyaaALLAH,
Perancangan pengisian program cuti sekolah pada kali ini, secara umumnya akan merangkumi :
* INTENSIF TAHFIZ
* FARDHU AIN BERSILIBUS
* BENGKEL BAHASA ARAB
* IQRA' ARABIC
* MUSLIM IDOLA
* Beberapa permainan yang berkonsepkan pembelajaran juga ada! ^_^
Untuk pertanyaan, hubungi:
016-3969 763 (Cikgu Siti Farizan)
eeer... bukan Siti Nurhaliza yea...hehe...