Read more
Suka entri ini? (=^_^=)
0 Is Google making us stupid?
By Unknown on Saturday, January 16, 2010
An article in the July/August issue of The Atlantic Monthly was based in part on a UK study prepared primarily for academic librarians and issued in January 2008. One of the stated goals of the study was to determine whether scholarly research methods for content are changing and, if so, its impact on libraries and publishers.
"The report Information Behaviour of the Researcher of the Future (PDF format; 1.67MB) shows that research-behaviour traits that are commonly associated with younger users – impatience in search and navigation, and zero tolerance for any delay in satisfying their information needs – are now becoming the norm for all age-groups, from younger pupils and undergraduates through to professors."
Based on longitudinal studies in the UK and the US, the CIBER research team at University College London reported on the need for a new library model due to changes in the way users research material, collaborations with publishers, open-sourcing and the excellent prospects for e-books.
Nicholas Carr, author of The Atlantic article, cautioned that online research may negatively impact the ability to evaluate content:
"The kind of deep reading that a sequence of printed pages promotes is valuable not just for the knowledge we acquire from the author’s words but for the intellectual vibrations those words set off within our own minds. In the quiet spaces opened up by the sustained, undistracted reading of a book, or by any other act of contemplation, for that matter, we make our own associations, draw our own inferences and analogies, foster our own ideas. Deep reading, as Maryanne Wolf argues, is indistinguishable from deep thinking."
Credit to;
http://www.bl.uk/news/2008/pressrelease20080116.htmlhttp://www.theatlantic.com/doc/200807/google
Suka entri ini? (=^_^=)
0 Apa itu Demam Kuning/Jaundis?
By Unknown on Thursday, January 14, 2010
Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi
Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.
Apakah penyebab jaundis
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:- Bayi lahir pra matang
- Darah ibu dan bayi yang berlainan.
- Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
- Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
- Etnik Asia
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.- Jaundis Normal/Physiologic
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.

- Jaudis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
- Jaudis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.
RawatanPemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
- Jaundis Normal/Physiologic
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
- Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
- Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
- Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
- Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
- Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
- Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
- Jaudis Pathologic
Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
- Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.
Adakah ianya merbahaya?
Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 Under self-maintainance?
By Unknown on Tuesday, January 5, 2010
Penulis cuba menulis perkara positif hari ni, walaupun sebenarnya tengah 'under pressure' dengan study ini.
Mohon doa dari sahabat-sahabat.
Moga penulis berjaya meneladani dan menekuni orang yang telah berjaya dalam bidang pengajian yang sedang di usahakan penulis ini..
Namun, di institut ini, masih belum ada yang grad (ini bukan beralasan), ini adalah satu batu loncatan untuk penulis memupuk semangat,. Semoga dapat menjadi antara orang yang terawal dapat meng'grad'kan diri di sini...
Brsangka Baiklah Dan Jgn Mudah Mencurigai Saudaramu Krn Ia Adlh Perkataan Yg Plg Dusta dan Kebanyakkan Prasangka Buruk Itu Adlh Dosa
Allah brfirman:"Hai org2 yg beriman,jauhilah kebanyakan dari prasangka(curiga),krn sebagian dari prasangka itu dosa”(49:12)
Nabi saw brsbda:"Jauhilah prasangka,krn sesungguhnya prasangka adlh perkataan yg plg dusta. Jgnlah kalian saling mengintip kesilapan org lain dan jgnlah kalian saling mncari kesalahan org lain,dan jgn saling membenci.Tetapi jadilah hamba2 Allah yg bersaudara" (HR Bukhari dan Muslim)
'Umar bin al-Khattab ra, ia berkata,"Jgnlah kamu sekali2 berprasangka terhadap suatu ucapan yg muncul dari saudaramu yg beriman melainkan dgn prasangka yg baik, krn engkau memiliki cara lain utk memahami(perkataan)nya dgn pemahaman yg baik. [Dan ucapan tersebut masih dimungkinkan mengandungi kebaikan].(Atsar riwayat Ahmad dalam kitab az-Zuhd)
Berusahalah diri-ku!
credit to asyrafdinie
p/s: sedang melatih diri untuk lebih fokus...usaha sikit lagi ni, dah nak sampai ke tempat tujuan dah... bertahan!

3 Apa tindakan kita?: Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly
By Unknown on Sunday, January 3, 2010
PPIM lancar petisyen bantahan
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam melancarkan petisyen bantahan berhubung keputusan Mah-kamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Orang ramai yang mahu mengemukakan bantahan boleh melayari http://www.muslimconsumer.org.my/herald/

1 Kepelbagaian Cara Menghafal al-Quran
By Unknown on Friday, January 1, 2010
Tulisan oleh Ibnu Qarni, (sahabat Facebook)
Read more
KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN
(petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullal Al Qari Hj. Salleh).
1.Ibadah yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2.pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al-Jauzi diganda 700 kali.
3.Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari syurga.
4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok syurga.
5.Pahala membaca 1 huruf dari Al-Quran Dalam sembahyang = 100 kebajikan Di luar sembahyang berwuduk = 50 kebajikanTanpa wuduk = 10 kebajikan
6.Pembaca Al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
7.Untuk selamat daripada api neraka.
8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
9.Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
10.Pembaca akan memperolehi keamanan.
11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhadah dan Solihin.
13.Membaca Al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
14.Pembaca akan dapat kemuliaan syurga.15.Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat di langit.
16.Jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
17.membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh Malaikat.
18.Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.
19.Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.
20.Mempelajari 1 ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 rakaat.
21.Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.22.Mendapat perlindungan di padang Masyar.
23.Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.
2.MASA-MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL-QURAN
1.Di waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.
2.Di antara Maghrib dan Isyak.3.Sesudah sembahyang Subuh.
3.BACAAN AL-QURAN PADA MASA TERTENTU MENGIKUT SUNNAH.
Tiap-tiap pagi dan petanng
1.Al Ikhlas = menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga
2.Al-Falaq = dibaca 3 kali untuk pelindung dari bencana dan yang tidak diingini.
3.An-Naas = sama seperti Al-Falaq.
4.Ayatul kursi ( Al-Baqarah 255) = pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akandimasukkan ke Syurga, Setiap huruf 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
5.Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) = Untuk keselamatan.
6.Al-Hasyr ayat 21-24 ( Juz 28 Surah 59) = apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh70,000 Malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu,akan peroleh Syurga.
7.Ar-Ruum ayat 17-19 (Juz 21 Surah 30) = Akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan di waktu siangdan malam.
8.Al-Mukminun ayat 115-118 (Juz 18 Surah 23).
9.At-Taubah ayat 128 dan 129 (Juz 11 Surah 9)
B.Tiap-tiap Malam

1.Yaasin (Juz 22 & 23 Surah 36) = Hati Quran , pembaca akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir akan mati akan memudahkan pertemuannya dengan Tuhan; jika dibaca atas kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakan.
2.Ad-Dhukhan (Juz 25 Surah 44) = pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun keatasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di Syurga.
3.Al-Qiyamah (Juz 29 Surah 75).
4.Al Zalzalah (juz 30 Surah 99) = pahala membaca separuh Al-Quran.
5.Al-Ikhlas.
6.Al-Imran ayat 190-200 (Juz 4 Surah 3) = dibaca pada malam akan diberi pahala beribadat separuh malam.
7.Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 Surah 1) = diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dansegala bencana.8.Al-Kahfi ayat 107-110 (Juz 16 Surah 18
PANDUAN MENGHAFAZ AL-QURAN
Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebih lengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaznya.

Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat.
Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru, orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. Khuram Murad menyebutkan di dalam bukunya Way to the Qur'an (1991) dengan mengatakan bahawa:The word Hifz now used in the limited sense of memorizing, includes both understanding and practice. In fact there is no English word which can accurately reflect its true and full meaning.
Hifz is an essential way of making the Qur'an penetrate you. It is not a mechanical, ritual etc., it is an act of high spiritual and devotional impotence. Through Hifz one can read in prayers and ponder its meaning. It makes the Qur'an flow on your tongue, reside in your mind, dwell in your heart, and it becomes your constant companion.
Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukan bermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsur menghafaz. Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati. Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang. Yang telah lekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang. Caranya ialah juga dengan selalu mengulang-ulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca itu tidak dapat dilakukan kecuali dengan memahami maknanya. Dan ini juga merupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian.
Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip-prinsip matematik atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu, menghafaz Al-Quran adalah ibadat. Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan. Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara menghafaz, elok jika kita perhatikan dahulu tentang kelebihan membaca dan menghafaz Al-Quran.
Firman Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar." (Surah Al-Isra : 9)
FimanNya lagi:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat bersyukur." (Surah Fatir : 29-30)

Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". (Riwayat Ibnu Mas'ud)
Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya"
Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkan firman Allah:
Bermaksud: "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat Al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin." (Surah Isra : 82)
Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah (Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". (Riwayat Ibnu Abbas r.a.)
Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah. Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudya:"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain."
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita baik daripada Allah Ta'ala."
Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud:"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh" (Hadis Riwayat Tarmizi)
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada Al-Quran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya.
Di bawah ini diperturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran bagi yang berminat. Jika ada kemusykilan, sila hubungi penulis.
Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran
Bagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.
Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz. Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.
A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran.
Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah:
1. Bersuci dan berwuduk
2. Memakai pakaian yang bersih
3. Berada di tempat yang bersih dan sunyi
4. Mengadap kiblat
5. Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah dan rasul-Nya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana
sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan
B. Teknik menghafaz Al-Quran
1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan lambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya sahaja.
2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-betul lancar.
5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpamelihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihatmushaf.
6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihatmushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dariawal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf, melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.
8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.
9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu didalam solat.
10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.
Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca. Jika ada kabaikan, itu ialah pertolongan daripada Allah Ta'ala. Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta. Semoga rencana yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua.
ya ALLAH..terangkanlah hatiku..
Hafaz Quran
untuk menghafaz al-Quran,kita perlukan masa. Katanya lagi, boleh dikatakan hampir 85% huffaz [org yg menghafaz] tidak dapat mengingat kembali hafazan mereka kerana mereka tidak menyimpan hafazan mereka dalam ingatan jangka masa panjang.
Ingatan manusia terdiri daripada ingatan jangka pendekdan ingatan jangka panjang. Sebaik sahaja manusia menerima maklumat,
maklumat itu dapat bertahan selama 20 saat dalam ingatan jangka pendek.Sebaliknya, jika maklumat itu diulang-ulang, ia akan kekal dalam ingatan jangka panjang.Menurut Ustaz Shafie,seseorang yang ingin menghafaz, memerlukan persediaan mental yang kuat selain skil2 menghafal yang baik.
Untuk menghafaz al-Quran 75% adalah mental yang kuat manakala 25% ialah kemahiran menghafaz.
Apakah tips menghafaz Quran?
1. Niat kerana Allah
2. Taqwa
3. Maafkan orang lain
4. Yakin Allah bersama kita [ inna-Allah-a-ma'a-na]
Bagi skil menghafaz pula:
1. Baca ayat yang hendak dihafaz secara talaqi [berguru]
untuk memeriksa bacaan kita.
2. Jika ayat yang hendak dihafaz itu panjang,
'potongkan' ayat itu supaya mempunyai 4-5 patah perkataan sahaja.
{cth : sekiranya satu ayat itu mempunyai 12 perkataan,
ceraikan kepada 4-4-4 supaya mudah dihafaz.
Bilangan perkataan maksimum yg boleh diingat dengan baik
oleh otak manusia ialah sebanyak 5 perkataan.}
3. Baca rangkap ayat yang hendak dihafaz sebanyak
10 kali sambil memandang ayat itu. Maklumat dimasukkan dalam ingatan jangka pendek.
4. Ulang rangkap ayat sebanyak 60 kali.
{ 5 kali dengan memandang ayat, 5 kali pejam mata,
5 kali baca ayat, 5 kali pejam mata...dst.}
Langkah pertama menanam maklumat dalam ingatan jangka panjang.

5. Ulang rangkap tadi sebanyak 200 kali sebagai pengukuhan. Maklumat terus dimasukkan ke dalam ingatan jangka masa panjang.
6. Ulang langkah 2-5 bagi rangkap yang seterusnya.
200 kali? Banyak bukan? Jika setiap rangkap ayat mempunyai 4-5 perkataan,
anda memerlukan masa selama 10 minit untuk menjadikannya 200 kali. Ustaz Shafie menyarankan kita untuk menggunakan masa komitmen untuk menghafaz rangkap2 tersebut. 5 minit selepas subuh, dan 5 minit lagi dalam perjalanan anda ke sekolah atau ke tempat kerja. [masa komitmen: masa yang dihabiskan untuk melaksanakan sesuatu komitmen cth: semasa drive, semasa berjalan kaki, semasa menunggu bas / kapal terbang etc].
Pastikan anda menghafaz surah-surah yang anda familiar with.Cth: surah Yasin sbb kita selalu baca surah Yasin.Kemudian, ikuti dengan surah-surah pilihan. as-Sajadah, ar-Rahman, Luqman, al-Mulk...etc
Dengan azam yang kuat dan sentiasa yakin bahawa Allah yang berkuasa mengkehendaki segala sesuatu, insya Allah kita akan dapat menghafaz ayat-ayat Allah ini.
ni pulak..amik Dr shukur org.
Sebelum menghafal..
*Mempunyai azam dan minat untuk
menghafal..
*Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
*Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
Berada dalam keadaan tenang. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. *Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. *Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL
A. Teknik "Chunking
"Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian,
contohnya mengikut pertukaran cerita.
Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya. Memisah-misahkan Al-Qur'an
kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang
*Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
*Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
Selepas menghafal setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
*Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan
kembali kepada mashaf. Ulanglah sehingga dapat melihat
ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
Pilih seorang teman yang sama minat. Orang yang pertama membaca
dengan disemak oleh orang yang kedua.
Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset
Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara
Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semulauntuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atauguru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut.Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis
Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
Buat beberapa kotak. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal.
Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
J. Teknik "Mindmaping"
Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'.
Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz,dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'Mengekalkan Hafalan Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti,
ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. Kerjakan solat hajat kepada Allah. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. setiap ayat yang mutashabih...
PANDUAN MENGHAFAZ AL- QURAN UNTUK ORANG AWAM
Dalam bidang hafazan Al-Quran, beberapa fasa atau peringkat hafazan perlu dilalui dan kerana itulah terdapat beribu-ribu teknik hafazan di seluruh dunia. Sebelum anda memulakan langkah yang lebih jauh adalah lebih baik anda mengambil langkah awal dengan membuat persediaan sebelum memulakan hafazan, memahami fasa- fasa hafazan dan teknik-teknik asas hafazan di bawah.
PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN HAFAZAN
1. Lancarkan bacaan dan pastikan tidak ada kesalahan pada baris, sifat- sifat huruf, menepati makhraj dan hukum tajwid pada ayat yang akan dihafaz.
2. Baca satu halaman dalam masa kurang dari 2 1/2 minit tanpa ada satu kesalahan, jika melebihi masa yang telah ditetapkan ini bermakna bacaan masih kurang lancar. Jangan sekali- kali menghafaz ayat yang masih tidak lancar bacaan dan hukum tajwidnya kerana ia akan membawa kesan yang buruk pada hafazan.
3. Setelah bacaan lancar (tidak tersangkut) barulah mula menghafaz.
4. Sebelum menghafaz pastikan diri betul- betul bersedia untuk menghafaz seperti ; bersihkan diri (mandi), fizikal dan mental betul- betul segar, fikiran kosong, jiwa dan minda dalam keadaan tenang (equanimity). Amat digalakkan Solat Hajat 2 rakaat dan berdoa minta Allah mudahkan hafazan.
5. Sematkan dalam hati (Ihtimam) bahawa ayat yang hendak dihafaz adalah ayat Allah (Kalamullah) yang agung, jadi jangan menghafaz sambil lewa atau sambil melakukan pekerjaan yang lain.
6. Tetapkan minda (mindset) dalam keadaan positif dan yakinkan diri yang anda memang boleh menghafaz Al-Quran.
7. Cari masa dan tempat yang sesuai. Masa yang digalakkan untuk menghafaz adalah selepas Maghrib, sebelum dan selepas Subuh. Dari segi tempat pula, pastikan tempat itu tenang (tidak bising/ privacy) dan yang paling penting anda berasa selesa berada di tempat itu.
FASA HAFAZAN
FASA 1 – HAFAZAN BARU – ayat yang baru dihafal.
FASA 2 – HAFAZAN SEMASA – hafazan wajib dibaca setiap hari dalam tempoh 2 minggu.
FASA 3 – HAFAZAN LEPAS – hafazan lama, hafazan yang telah melalui proses hafazan semasa.
FASA 1 - ( HAFAZAN BARU )
1. Setelah ayat yang hendak dihafaz tersebut betul-betul lancar dan mantap hukum tajwidnya, perhatikan pula panjang ayat tersebut dan sekiranya ayat yang hendak dihafaz terlalu panjang (melebihi 1 baris) bahagikan ia kepada 1 baris atau lebih pendek, kemudian mula menghafaz mengikut kaedah tersebut :
• Baca 20x dengan melihat ayat.
• Baca 20x tanpa melihat ayat.
• Baca 10x dengan melihat ayat.
• Baca 10x tanpa melihat ayat.
2. Sekiranya hafazan sudah lancar dan mantap, teruskan hafazan kepada baris yang seterusnya mengikut kaedah yang sama. Namun sekiranya hafazan tadi masih bermasalah, ulangi kaedah yang sama sehingga hafazan mantap.
3. Setelah baris yang kedua dihafaz jangan terus berpindah kepada baris yang ke-3, ulangi baris yang pertama sehingga yang kedua dan pastikan hafazan tadi betul- betul mantap barulah berpindah kepada baris yang seterusnya.
4. Untuk barisan yang seterusnya, ulangi langkah 1 - 3.
Cara senang menghafaz al-Quran;
Ini just suggestion, ini ikut-ikutlah tak nak ikut sudah....Rasulullah SAW diturunkan wahyu ketika berumur 40 tahun dan selesai diturunkan pada umur 63 tahun. Nabi SAW akan menghafaz setiap wahyu yang diturunkan. Jadi mengikut perkiraan Nabi SAW mengambil tempoh menghafaz selama 23 tahun..
Anda sebagai umat biasa?
Okey, katakan anda berumur 20 tahun dan ditakdirkan anda hidup lama. Tak sampai umor 60 tahun anda dah jdi seorang al-hafiz. Al-Quran dibahagikan kepada 30 juz.
Apakata anda hafaz 1 juz setahun?
Lamanya 30 tahun.....
Banyak tu satu juz...
tak de masa lah..
senang lupalah...
Pak cik dah tua, dah terlambat dah..
Ho..ho.. ini alasan biasa
30 tahun tu untuk mantapkan hafazan 100%
satu juz tu sikit kalau nak dibandingka percent ko buang masa, tengok TV, sembang...
Masa boleh dicari, kalau bijak mencari...
Berdoalah supaya senang mengingat..
Jangan fikirkan kuantiti hafalan Pak cik, tapi effort pak cik..
Lihat kaedah yang ingin aku beri;
Pertama hafallah 3 baris Al-Quran setiap hari(Termasuk terjemahannya)..
Mulakan dengan hafaz surah-surah popular, seperti; As-sajaddah, Al-Mulk, Al-Jumuah, Ar-Rahaman, Al-Waqiah, Al-Insaan, surah Qof…… Cuma 30 minit je..5 minit baca dengan betul,10 minit hafaz dan lihat,15 minit hafaz tanpa lihat…
Masa terbaik adalah selepas tahjud sebelum subuh, tapi kalau terlambat bangun hafallah selepas subuh…
INGAT 3 BARIS JE! BUKAN 3 AYAT TAPI 3 BARIS.
30 minit tu hanya disimpan dalam kotak memori sementara sahaja, cara nak letak dalam kotak memori kekal adalah dengan ulang 3 baris ayat tu dalam solat sunat sebelum zuhr(dalam 2-2 rakaat), Solat zuhr dan solat sunat selepas zuhr. Ulang untuk asar, maghrib dan Isyak. Insyaalah dapat kekal. 6 rakaat solat dalam 4 waktu solat.. maknanya 24 kali anda ulang..takkan tak ingat lagi?
Untuk satu muka Al-Quran biasanya ada 15 baris. Bahagikan 15 dgn 3 dapat 5. Maknanya ada 5 hari untuk hafaz satu muka,. Dalam seminggu ada 7 hari- 5 hari digunakan untuk hafaz dan 2 hari lagi digunak untuk gabung satu muka…
Mengikut perkiraan, anda boeh hafaz surah penting ni dalam masa kurang 7 bulan.
Menarikkan? Cubalah…semoga Allah Taala mempermudahkan kita…
Teknik Hafaz Al-Quran...
Description:
RUJUKAN INI DISEDIA DAN DISUMBANGKAN OLIH AKHI GURU TAJWID kepada Ibnu Qarni;
ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QUR'AN
* lkhlaskan niat.
* Bersabar.
* Mulakan bacaan dengan Bismillah.
* Banyak berdoa kepada Allah sm.t.
* Bersih dari hadas kecil dan besar.
* Sebaiknya menghadap kiblat.
* Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
* Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
* Memberikan tumpuan sepenuhnya.
* Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
* Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
* Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.
SEBELUM MENGHAFAL
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal.
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebefum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
MENGEKALKAN HAFALAN
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-iain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat sunat Taqwiyatul hifzi.
5. Menetapikan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutasyabih.