Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Rahsia Solat Awal Waktu

Renungan bersama,


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya  menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan  dicerap melalui  perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu  yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang  fotografi..
      
Sebagai contoh, pada waktu  Subuh alam berada dalam spektrum warna  biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang  mempengaruhi sistem  metabolisma tubuh.. 
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh  mempunyai rahsia  berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang  kerap tertinggal  waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama  kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini  kerana tenaga alam iaitu  biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku  dalam keadaan  roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam  erti kata lain  jaga daripada tidur. 


Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh,  tenaga alam  pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang  akan diserap  oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. 


Jadi, mereka  yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke  warna hijau (isyraq & dhuha) dan  kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum  warna pada  waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang  berkaitan dengan  sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang  berkaitan dengan  keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya  berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di  perut dan  hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?     


Kemudian  warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu  Asar di mana  spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi  prostat, uterus,  ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia  warna oren ialah  kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya  kreativitinyadan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad  dan roh seseorang ini  terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu  Asar ni amat  diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
   
Menjelang  waktu Maghrib, alam  berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh  orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana  spektrum warna  pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)  dan ini  bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana  mereka resonan  dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya  berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak  interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh  mengelirukan mata  kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,  pada frekuensi  otot, saraf dan tulang.     


Apabila masuk waktu  Isyak, alam berubah ke warna  Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini  menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya  bersamaan dengan  sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan  selalu berada dalam kegelisahan. 


Alam sekarang berada dalam  kegelapan dan  sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini  dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada  dalam kerehatan. 


Selepas  tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,  merah jambu dan  seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi  kelenjar pineal,  pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit  kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil  Qiamullail.


Begitulah  secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini  sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan  inilah faktor  adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti  taichi, qi-gong  dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga  alam ke sistem  tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah  di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita  memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini  seharusnya menginsaf kan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat  ke atas hambanya atas  sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia  tahu hamba-Nya  ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi  kumpulan manusia  yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin  dalam menghadiri kelas taichinya..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Manusia di hari Padang Mahsyar, berakibat amalannya di Dunia

Ya Allah, Maha Hebat dan Adil kekuasaan-Mu.. beramal kita semua sebaik-baik amal kerana kita akan dihitung dari setiap sesuatu yang kita kerjakan di dunia ini. Allah Maha Mengetahui..Hari Kiamat adalah hari di mana lidah dikunci dan peluang membela diri diberi kepada anggota lain badan..Insaf lah kita wahai manusia, "Decide now, do not delay, heaven or hell".

Al-kisahnya,..
Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada di tempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata : "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)" (Surah Yassin, ayat 52) Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama)

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang).

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Ya Allah selamatkan kami....jadikan kami golongan yang beriman dan beramal soleh... Amin...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Antara Panduan Kesihatan cara Islam

Di bawah ini adalah artikel panduan menjaga kesihatan menurut Islam yang saya perolehi dari sebaran internet yang tidak putus dari sahabat-sahabat.
Namun, antara pertanyaan yang bermain di kepala saya ketika ini, dari manakah sumber 'sohih' yang dirujuk oleh penulis artikel panduan kesihatan cara Islam ini. Alangkah bagusnya jika dapat disertakan sekali sumber rujukan yang aslinya yea?

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum
Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1. Banyak jimak.
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,
MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ia tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Melancap.
3. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
5. Tidak membaca Al-Quran.
6. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7. Mengumpat dan mengata.
8. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2. Selepas berjimak.
3. selepas makan atau sebelumnya.
4. Ketika sedang makan.
5. Selepas memakan buah-buahan.
6. Selepas keluar dari bilik mandi.
7. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH
RASULULLAH S.A.W.
1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit.
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger