Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Kue tiow Kungfu

Pagi-pagi lagi dah kelaparan..
Cuaca hari ni tersangatlah panas.. sejak semalam lagi, tidur dan asyik terjaga... kepala rasa pening. Dan 2,3 hari ni pun memang tak dapat tidur malam.. cerah je mata nak ngadap muka empat segi yang bercahaya nie. 


Sebelum pergi fakulti dan awal-awal pagi tadi, tiba mengidam kue tiow kungfu, dah lama tak masak ni, dulu.. time sibuk di makmal dan malas nk keluar lunch, rajin plak, pagi-pagi hari lagi wansiti mengetuk di dapur, hehehe.. sediakan breakfast
a.k.a. merangkap lunch untuk hari tersebut. Lau ada lebih, bawak untuk member sekali.. ^_^
Tengok bajet waktu tu jugak, sebab kuetiow kungfu akan jadi lebih sedap lau ada banyak sayur dan bahan-bahan. wansiti pulak., lau masak, takkan campurkan makanan laut dan makan darat, yang macam orang kedai makan duk buat tu,.. Sebab tu wansiti prefer lagi masak sendiri kat umah.

Okey, bahan-bahan kue tiow kungfu ni:
* kue tiow 
* ayam (amek part yang banyak isi)
* bawang putih - hiris/tumbuk
* serai (optional)
* sayur (ikut suka nak sayur apa: wansiti suka buncis, bunga kubis, carrot & sawi)
* fish ball yang kaler putih tuh lagi sedap..
* oyster sauce
* white pepper
* cili padi
* cili merah (bagi colourful sikit)
* tepung jagung
* telur 

Cara-caranya pula:
1. Tumis bawang dengan sedikit minyak. 
2. Kemudian masukkan air. 
3. Masukkan black & white pepper, serai, cili padi, oyster sauce & garam secukup rasa.
4. Masukkan daging ayam dan carrot.
5. Bila daging dah agak-agak empuk, masukkan sayur-sayuran lain, cili merah & fish ball 
6. Tuang tepung jagung yang dah dibancuh
7. Kemudian biar sehingga mendidih. 

Bagi kuetiow pula ada 2:
1) kuetiow bungkus: goreng telur, dan apabila hampir nak masak, masukkan kue tiow & bungkus bersama telur
atau
2) Pukul telur bagi sekata, gaulkan kue tiow bersama telur tadi & goreng atas kuali, minyak sikit je, sebagai syarat kue tiow tak melekat kat kuali je..

Untuk hidangan:
Potong kuetiow yang dah digoreng tu ikut berapa banyak yang nak dan curah ler kuah tadi atas kue tiow tu. Makan panas-panas. Sedap!! (=^_^=)
kue tiow kungfu yang dihidang, ala-ala macam nie la best.....~ wansiti nye kamera telefon ni, tak bape cumill lak amek gmbr,.. nampak pucat lak.. huhuhu...
pinjam gambar daripada sue-hasue

p/s: lau sedap gitau wansiti., lau tak sedap pun, gtau wansiti jugak ..

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 4 comments:

Anonymous said...

nk masak la mlm ni..tp x cukup pula bahan2 sayuran nye..huhu..owh betul2 ikut sunnah nabi ye..mkn x cmpur darat n laut =)

fawwaznuha on October 20, 2010 at 11:14 AM said...

nak masak jugalah dinner tonite hehe wpun x cukup bahn2..baguslah x cmpur makanan laut n darat..betul2 ikut sunnah nabi makan ye ;)

Unknown said...

@Fawwaz,
Selamat mencuba resepinya.,
guna je sayur apa yang ada
^_^

Unknown said...

Anonymous: alhamdulillah, orang kata sunnah nabi,
masukkan sahaja sayur-mayur mana je yang ada =)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger