Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

KEMPEN TANDATANGAN MEMBANTAH KONSERT 'BORN FOR NATURE' DI UTHM

wansiti nak tolong kawan promote;
Sumber: Kesatuan mahasiswa Islam UTHM iaitu Jabatan Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah MPPUTHM, Kelab Iqra UTHM, Rakan Masjid UTHM dan Majlis Pengerusi Kolej Kediaman UTHM sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai khususnya warga UTHM bagi membantah konsert besar-besaran ‘Born For Nature’ di UTHM yang dilaksanakan oleh Seketeriat Konvokasyen 2010.
Kami merasakan konsert yang bakal diadakan ini akan memberikan kesan negatif kepada warga kampus UTHM dan masyarakat umum amnya. Meskipun pihak universiti telah meluluskan untuk mengadakan konsert ini pada 9 Oktober 2010, ia tidak bererti konsert ini perlu diteruskan dan disekat lantaran kesan negatif kepada warga universiti. Antara artis jemputan ialah LeftHanded, Amy Search, Hattan, Ana Raffali, Sunny sad Story, dan Azlan & The Typewritter yang tidak menggambarkan halatuju pembinaan modal insan mahasiswa UTHM. Ini juga tidak bertepatan dengan misi dan visi universiti yang menekankan tentang pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid. Kami mengharapkan agar Konsert Born For Nature ini akan disingkirkan daripada Pesta Konvokesyen 2010 sebelum tarikh 9 Oktober 2010.

Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan konsert ‘Born For Nature’ di UTHM, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari. Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan pihak bertanggungjawab UTHM akan sedar bahawa mahasiwa dan masyarakat sekitar membantah pelaksanaan konsert melampau dan seterusnya bakal mengubah keputusan pihak universiti untuk menyekat budaya hedonisme ke dalam universiti.

Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.

Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Mohd Hadi Bin Abd Rahman

Naib Yang Di-Pertua 1,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger