Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Research... Mencari erti dan Motivasi diri...

Sejam menunggu supervisor dirasakan sangat lama, berbanding masa hampir 3 bulan daku tak jumpa-nya. Ku-mohon betul-betul pada Allah agar apa yang bakal dibincangkan nanti dimudahkan dan memberi gambaran yang jelas untuk hala-tuju-ku di masa hadapan. Seterusnya merangka-kerja untuk 5,6 bulan ke depan. Termasuk plan untuk tahun 2011. Semuanya perlu di rangka lebih-awal..

Kerja yang berperancangan tersusun lebih elok, kan?
Walaupun hidup belum tentu lagi akan bernafas panjang... Namun, tetap segala susunan kena rapi dan teliti.
Yang penting tanggungjawab memang ada.
Perlu sentiasa disemat dan digigit kemas-kemas.
Hanya dua perkara, TANGGUNGJAWAB dan KEBERKATAN.

Antara point yang diberi-tahu dan ditekankan oleh supervisor-ku tadi adalah;
* Akhlak perlu di jaga.
Rata-rata kesilapan terbesar yang dilakukan oleh para penuntut ilmu ialah tidak menjaga akhlak, cara-gaya dan tingkah-laku semasa menuntut ilmu; dan juga semasa berurusan dengan para pengajar.
Seterusnya mengurangkan keberkatan dalam ilmu yang diperolehi.
* Objektif dalam hidup perlu jelas
Sejak dahulu supervisor suka bertanya soalan ini, "Awak nak jadi apa?"
Matlamat dan objektif hidup yang kita tetapkan, sedikit-sebanyak akan mencorak perlakuan kita terhadap apa jua yang kita lakukan.

* Sentiasa dan terus bertanya, jika tergendala/menghadapi masalah
Sikap menangguh-nangguhkan untuk bertanya kepada yang 'pakar' akan menyebabkan kita hidup dalam misteri untuk tempoh yang lama. Dan ini amatlah rugi. Kerana masa itu umpama pedang, jika kita tak mencatasnya dahulu, maka kitalah yang akan dicantasnya.

* Berterus-terang secara ilmiah
Semasa bertanya dan menceritakan masalah yang dihadapi semasa membuat kajian, kita perlulah jujur, ikhlas dan berterus-terang. Komunikasi yang berkesan amat penting dalam proses ini, bagi mengelakkan daripada kita melalut-lalut dan tidak terus kepada pokok permasalahan. Didiklah diri untuk banyak membaca, meneliti, mendengar dan mengolah kembali cara-gaya orang yang telah berjaya berkomunikasi. Di situ ada kuncinya.
Bukankah Allah sudah menyatakan bahawa orang yang bijak itu adalah orang yang kurang cakapnya dan banyak memerhati dan berfikir?

* Paper kajian ilmiah
Yang ni antara point yang paling penting.
Walaupun berada di tahapan point yang bawah, ingin saya tekankan bahawa ini adalah fakta yang terpenting yang perlu saya sematkan di kepala. Segala isi-isi penting yang saya kemukakan di atas, menyumbangkan kepada point ini. 

p/s: Mungkin faktor mood Prof. yang baik pada pagi ini, menjadi salah-satu penyebab yang menyumbang kepada pemahaman yang lebih kepada wansiti pada pagi ini. Lihatlah bagaimana 'mood' dan perspektif individu dapat mempengaruhi sesuatu komunikasi..


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger