Nama syarikat bas e-budaya dulu sememangnya amat diminati dan gah meniti di bibir para pengguna bas ekpress perjalanan jarak jauh dari Pantai Timur ke KL dan KL ke Pantai timur seawal tahun 2002 jika saya tidak silap (waktu saya berada di matriks).
Namun perkhidmatan bas ini semakin merosot dari sehari-ke-sehari. Dan banyak komplen dan sungutan dari pengguna yang timbul rentetan dari kerosakan dan kelemahan perkhidmatan yang diberikan. Sungutan-sungutan ini sekaligus memudarkan imej cemerlang yang ditunjukkan syarikat bas e-Budaya sebelum ini. Persoalannya: Tiada tindakan atau langkah pencegahan-kah yang diutarakan oleh pihak bas e-budaya sendiri?
Sejak dari tahun 2007 hingga 2010 (makan masa 3 tahun) kemerosotan prestasi bas ini diajukan oleh pengguna mereka).
Saya sendiri, seperti yang utarakan di blog ibnrajab.wordpress.com,
Perkara sama masih berulang! (21 Jun 2010-Isnin)
Naik bas e-budaya dari KB ke KL.
bas e-budaya mati dekat sepuluh kali,
sekali di Machang. Tapi driver call sape ntah..orang kat sana jawab.. jalan je…
pas tu, mati lagi kt Jalan Machang-Kuala Krai, tunggu lebih sejam di situ..
baru sampai bas ganti, itupun, bas ganti. Pun sama.. mati gak, kat highway Karak.
Hampeh!
Seusai saya tiba di Hentian Putra Kuala Lumpur (setelah 2 jam terkandas di Highway Karak). Saya terus menuju ke kaunter jualan tiket Bas e-Budaya. Boleh tahan jugak bebelan saya waktu itu, sehingga tiada peluang pembelaan diri oleh akak penjaga kaunter tersebut, (dia yang cakap saya beru syarahan tak berhenti, ulangan- dia yang cakap, bukan saya).
Nak tahu antara isi kandungan syarahan percuma saya pada hari itu? (tunggukan next post yea) ...
Saya harap segala komen dan kritikan membina saya kepada akak dan (bos yang akak tu telefon) hari tu ada manfaatnya kepada pembangunan dan kebaikan Bas e-Budaya di masa hadapan.
p/s: gambar bas 'back-up' yang rosak di 'Highway Karak' masih elok tersimpan di handphone.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment