Semasa berbuka puasa semalam, saya bersama teman serumah/merangkap 'roomate' menjamu selera di Taman Tasik, Serdang. Mulai waktu petang, selepas berjumpa dengan penyelia tesis dan grant projek, satu ayat ayat yang bermain di fikiran. Apakah itu pandai bercakap dan bijak berfikir? Dan walau apapun yang dilakukan dari petang semalam hingga ke malam, topik perbualan kami berkisar kepada "Pandai bercakap dan bijak berfikir". Sehingga tebawak-bawak ke pagi ini. Jadi, saya menyelit atau meng'allocate' masa sedikit di sini meneliti tajuk di atas.
Pendapat kami: Adat kebiasaannya, kita mengetahui orang yang pandai bercakap, biasanya tidak berfikir panjang atau dalam bahasa mudahnya, tidak bijak berfikir! Benarkah? Jom kita tanya pakcik google.
Pendapat kami: Adat kebiasaannya, kita mengetahui orang yang pandai bercakap, biasanya tidak berfikir panjang atau dalam bahasa mudahnya, tidak bijak berfikir! Benarkah? Jom kita tanya pakcik google.
Apa yang saya jumpa? Menarik, di tipsptd.com. Satu laman sesawang yang berkaitan dengan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). 'Makcik hani patut baca nie'. Mungkin sudah sinonim PTD dengan pandai bercakap dan juga bijak berfikir. Benarkan? Laman ini, banyak menyediakan tips yang berguna kepada seorang PTD. Apa yang diulas di link ini, merangkumi skop kredibiliti dan personaliti yang sepatutnya dipunyai oleh seorang PTD. Namun, dapat juga diaplikasi ke dalam kehidupan golongan selain PTD. Samada seorang pelajar, pekerja 'administration', kerani, doktor perubatan, waima juga kepada seorang penganggur. 'percubaan untuk mengkayakan bahasa, jika ada kesilapan, sila tegur yea'.
Lelaki pandai bercakap dan bermulut manis
Sepanjang hidup saya 25 tahun ni, bukan sedikit saya melalui dan terserempak dengan lelaki yang bermulur manis dan pandai berkata-kata. Pandai membina dan mencipta lawak (kadang-kadang lawak bodoh yang keterlaluan: seperti kebanyakan peserta satu rancangan di Astro-maaf sekadar menyatakan pendirian). Malahan pandai bermuka-muka. Bijak mengatur ayat untuk memutar-belit fakta atau dalam bahasa mudahnya. Lelaki begini, adalah dalam kategori penipu (maaf lagi sekali, ini adalah pendirian peribadi). Tapi yang hairannya, ramai pula wanita, gadis-gadis dan perempuan yang meminati mereka-mereka ini. Aneh yea.. (nauzubillahi min zalik/ Moga Allah lindungi saya dan sahabat semua).
Senang berkata dan melakar ayat, tapi mungkin bila saya mengalami atau berada dalam keadaan mereka (gadis-gadis, atau wanita di atas). Adakah saya bijak menapis dan menafsir situasi tersebut? Wallahu'alam. Saya bukan hendak berburuk sangka (su'uzhon) kepada kalangan lelaki-lelaki ini, saya cuma menceduk sedikit pengalaman yang ada seciput ini, untuk lebih berjaga-jaga. Tak salah kan?
Perbezaan lelaki dan wanita dalam komunikasi (bayu06senja.blogspot.com)
Tak adil saya cuma membincangkan perihal lelaki sahaja, jom perhatikan pula cara berkomukasi 2 jantina yang berbeza ini secara umumnya.
Lelaki
1. Satu-satu perbincangan dalam satu masa.
2. Penyampaian maklumat secara ringkas.
3. Pertuturan langsung dan spontan.
4. Gemar berbalah.
5. Berminat kepada fakta dan isu penting
Perempuan
1. Pelbagai isu perbincangan serentak dalam satu masa.
2. Penyampaian maklumat secara terperinci.
3.Pertuturan ekspresif dan bersintesis
4. Gemar berkompromi.
5. Berminat pada cerita panjang dan hal rumit.
Apa yang dipaparkan di atas ini adalah penilaian secara menyeluruh dan umum. Dukacita dimaklumkan bahawa melalui detik masa sekarang, saya berjumpa dan berurusan dengan persekitaran yang berbeza dan tidak berapa tepat dengan fakta di atas. Mungkin kerana dunia dah maju, ataupun faktor rapat/renggang jurang hubungan antara saya dan mereka dipersekitaran yang saya sedang perhatikan. Atau mungkin juga kerana faktor 'formality' dalam suasana belajar/bekerja saya sekarang.
Apa yang saya jumpa, lelaki sekarang dan perempuan menuturkan patah-perkataan yang hampir sama dan mempunyai perilaku dan bertindak-balas hampir sama, dari segi isu perbincangan mereka, minat kepada isu yang dibincangkan dan tahap keseriusan perbualan mereka. Sedikit-sebanyak sudah mula beradaptasi kot. (pendapat personal).
Kemahiran mendengar
Artikel yang ditulis di sini sangat menarik. Petikan:
"Pakar-pakar mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan lebih cepat pandai bercakap dibandingkan dengan anak kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan juga lebih petah bercakap dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki.
Kajian pakar-pakar komunikasi mendapati wujudnya perkaitan yang kuat antara kejayaan seseorang dengan kemahirannya mendengar. Mereka mendapati orang-orang yang mengalami banyak kegagalan mempunyai kemahiran yang lebih rendah daripada orang-orang yang berjaya. Fenomena ini berlaku baik di dalam bidang kerjaya mahupun di dalam bidang perhubungan peribadi.
Didapati pengurus-pengurus yang berjaya mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi. Mereka juga mendapati orang-orang yang berjaya di dalam percintaan dan perkahwinan adalah orang-orang yang mahir mendengar.
Adalah susah apabila kita mahu bercakap dan mendengar serentak. Sama susahnya kalau kita cuba berdiri dan baring serentak. Nampaknya kita tidak ada pilihan. Kalau mahu mendengar kita mesti diam. Apabila kita ''sangat pandai'' bercakap (seperti halnya dengan ramai isteri yang bermasalah) bilakah masanya kita hendak mendengar? Padahal mendengar mempunyai fungsi-fungsi yang sangat penting.
Fungsi mendengar ialah untuk belajar, untuk mempengaruhi orang, menjalin hubungan, untuk berseronok dan untuk menolong orang lain.
Mendengar Untuk Belajar:
Apabila kita pandai mendengar, kita akan pandai belajar. Isteri yang banyak mendengar suaminya akan banyak belajar tentang hati dan jiwa suaminya. Sesiapa yang sibuk bercakap tidak belajar. Dalam konteks komunikasi, kita mendengar untuk memahami orang-orang lain, untuk memahami diri sendiri, memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada kita, untuk memahami alam dan untuk belajar daripada orang-orang lain yang mengetahui perkara-perkara yang tidak kita ketahui ataupun yang tidak pernah kita alami lagi. Dalam konteks hubungan suami isteri, kita mendengar untuk belajar tentang diri pasangan kita. Jika seseorang isteri mendengar suaminya bercakap, dia berpeluang belajar mengenali 'siapa' suaminya. Ramai isteri yang sudah bertahun-tahun berkahwin masih berkata mereka tidak faham suaminya.
Mendengar Untuk Menjalin Hubungan:
Manusia lebih suka mendengar suaranya sendiri. Bunyi yang paling sedap di telinga kita ialah bunyi-bunyi yang kita keluarkan daripada mulut kita sendiri. Bukan bunyi-bunyi yang keluar daripada mulut orang lain. Patutlah jualan mesin kara-o-ke sangat laris. Ciptaan itu memberi manusia peluang mendengar suaranya sendiri. Fitrah inilah yang menyebabkan manusia lebih suka kepada orang-orang yang memberi dia peluang mendengar suaranya sendiri. Apabila kita banyakkan mendengar orang lain bercakap, lebih mudah bagi kita menjalin, mengekalkan, dan mencipta hubungan kasih sayang yang memuaskan kedua-dua belah pihak. Hubungan baik dan mesra itu terjalin kerana orang yang didengar suka menerima kehadiran si pendengar. Fakta ini disahkan oleh kajian pakar-pakar komunikasi interpersonal yang mendapati bahawa manusia suka kepada manusia-manusia lain yang mahu mendengar mereka bercakap. Dalam konteks hubungan suami isteri, apabila si isteri pandai mendengar suaminya bercakap, suaminya akan berasa dirinya diminati oleh isterinya. Akibatnya si suami akan lebih rajin bercakap-cakap, berbual-bual, berunding dan mengadu kepada isterinya. Akibatnya si suami akan menghargai hubungan mereka berdua. Suami yang seperti ini akan lebih terbuka untuk mendengar giliran isterinya pula bercakap. Inilah faktor yang menyebabkan kedua-dua belah pihak mendapat banyak rasa kepuasan dalam hubungan mereka.
Mendengar Untuk Mempengaruhi:
Ramai isteri mengadu suami mereka tidak mahu mendengar cakap mereka. Akibatnya hubungan mereka selalu tegang dan mereka tidak puas. Kata seorang isteri ''Bercakap dengan tunggul lebih baik!'' Ramai isteri yakin cara untuk mempengaruhi suami mereka ialah dengan cara bercakap kepada suami mereka. Sebenarnya, bercakap bukanlah cara yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Sebaliknya diam dan mendengar adalah strategi yang lebih berkesan. Apabila seseorang isteri itu pandai mendengar, lebih mudah baginya mempengaruhi sikap dan tingkah-laku si suami. Kajian mendapati orang yang didengar akan menghormati orang yang suka mendengarnya bercakap. Didorong oleh rasa hormat, mereka tidak bersikap defensif, oleh itu mereka mudah menerima pandangan dan idea-idea orang yang dihormatinya. Sebagai contoh, kajian menunjukkan orang-orang bawahan lebih terbuka mendengar pendapat ketua yang pada pandangan mereka mahu mendengar dengan teliti dan prihatin apa yang mereka kemukakan.
Mendengar Untuk Berseronok:
Rasa seronok ialah pendorong yang sangat berkesan. Lelaki suka berada di rumah selagi rumah memberi dia keseronokan. Kita menyukai seseorang selagi orang itu menyeronokkan kita. Apabila sesuatu itu menimbulkan rasa seronok, kita suka melakukannya. Kita suka mendengar cerita-cerita, lawak-jenaka, gurau senda dan perbualan kosong daripada rakan-rakan kita semata-mata kerana hendak berseronok-seronok dengan mereka. Kita hendak menikmati kehadiran mereka, dan kita seronok dengan aktiviti perbualan itu. Ini kita lakukan dengan cara mendengar apa-apa sahaja yang mereka ceritakan tanpa bersikap kritikal ataupun tanpa menilai apa yang kita dengar. Kemahiran mendengar untuk berseronok adalah unsur utama yang diperlukan di dalam aktiviti gurau senda. Ramai wanita tidak mempunyai kemahiran mendengar jenis ini. Mereka tidak pandai membezakan kata-kata yang dimaksudkan untuk bersenda semata-mata dengan kata-kata yang serius. Mereka cenderung menganggap semua kata-kata suami adalah bermaksud serius. Akibatnya mereka bersikap kritikal terhadap cakap suami. Sebaik-baik si isteri bersikap kritikal, matilah nafsu suami untuk melawak dan bersenda dengan isterinya.
Mendengar Untuk Menolong:
Ada kalanya dengan cara mendengar kita dapat menolong orang lain kerana kita dapat merasakan apa yang mereka rasakan dan kita dapat berfikir dengan menggunakan sudut pandangan mereka. Bagi tujuan ini, kemahiran mendengar yang digunakan ialah kemahiran mendengar secara empati.
Panduan Mendengar:
Orang yang bercakap dengan kita bercakap menggunakan dua jenis bahasa, iaitu bahasa mulut dan juga bahasa badan. Untuk memahami apa yang dikatakannya lakukan perkara-perkara berikut:
1. Beri tumpuan kepada kata-kata orang itu dan juga kepada gerak-geri bahasa badannya.
2. Dengar apa yang dikatakannya, dan dengar juga apa yang tidak dikatakannya.
3. Tumpukan perhatian kepada orang itu. Jangan sibuk memikirkan apa yang kita sendiri hendak katakan.
4. Jangan suka mencelah cakapnya. Jangan ''berebut mikrofon'' kata pepatah moden. Tunggu sampai dia habis bercakap, baru kita pula bercakap.
5. Jangan pedulikan gangguan-gangguan yang ada semasa kita sedang mendengar dia bercakap.
6. Fahami apa kata orang itu daripada sudut pandangannya. Jangan tafsirkan kata-katanya daripada sudut pandangan kita.
7. Tunjukkan sikap dukungan kepada orang itu dengan berkata seperti ''hm.... hm....'' dan gerak-geri seperti mengangguk- anggukkan kepala.
8. Banyakkan bersetuju dengan apa yang dikatakannya.
Banyak perkara yang kita buat menghalang kita daripada mendengar secara yang berkesan. Perbuatan-perbuatan itu ialah:
1. Kita cuma hendak mendengar apa-apa maklumat yang dapat kita jadikan peluru untuk menembak orang itu semula. Maklumat-maklumat lain, walaupun relevan, kita buang ke tepi.
2. Pura-pura mendengar, iaitu kita berlakon seolah-olah kita berminat mendengar apa yang dikatakan oleh orang itu, tapi sebenarnya otak kita di tempat lain.
3. Membuat penilaian, rumusan dan keputusan walaupun orang itu belum habis bercakap.
4. Sibuk memikirkan apa yang ada dalam kepala kita, bukannya sibuk mendengar orang itu bercakap. Kita berasa fikiran kita lebih penting daripada apa yang orang itu fikirkan dan rasakan.
5. Sibuk bercakap, bukan sibuk mendengar. Pantang orang itu berhenti sekejap menarik nafas, kita pun terus mencelah.
6. Tidak minat mendengar kata-kata orang itu kerana kita dia akan mengatakan apa-apa yang kita tidak suka dengar.
Ramai isteri yang sangat petah bercakap kepada suami. Mereka juga tidak suka mendengar cakap suami. Mereka pandai menjawab suami. Kata pepatah Melayu, ''Kita cakap satu, dia jawab sepuluh.'' Mereka mahu suami mendengar cakap mereka. Kajian-kajian menunjukkan bahawa tidak ada perkaitan antara kemahiran bercakap dengan kemahiran mendengar. Ramai orang yang pandai bercakap sebenarnya sangat B.o.doh mendengar. Ramai orang yang B.o.doh bercakap, pandai mendengar. Jadi, kalau kita rasa kita pandai bercakap, besar kemungkinannya kita B.o.doh mendengar."
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment