Merujuk kepada post lepas di Foot Detox.
Di sini, saya telah menemui beberapa laman sesawang yang menyatakan bahawa foot detox itu adalah satu 'placebo' atau dalam bahasa mudahnya adalah, tiada ubat atau rawatan yang dberikan kepada pesakit, yang diterima oleh pesakit, hanyalah rawatan kosong. Biasanya para pengamal perubatan/penyelidik akan memberikan 'placebo' berserta dengan ubat yang ingin diuji kepada pesakit untuk menguji tahap keberkesanan ubat yang mereka cipta itu.
Jadi, di dalam kes Foot detox ini, 2 laman web di atas, kesan positif yang dirasai oleh pesakit apabila menerima rawatan ini, adalah seperti mereka menerima placebo. Apa yang pesakit tahu, mereka menerima SATU RAWATAN yang memang berkesan dan baik untuk kesihatan mereka.
Antara kandungan asas "foot detox"
Namun, Foot detox ni ada kebaikan tersendiri, apabila melihat kepada kandungan ramuan yang digunakan di dalamnya. Hanya sahaja kerana masih belum ada kajian/penyelidikan yang dijalankan untuk menguji rahsia di sebaliknya; Maka rawatan ini masih lagi menjadi satu misteri dan sebuah tanda-tanya.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment