Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) menyatakan, "Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan."
Kita patut bersyukur kerana Negeri Kelantan menunjukkan nilai 'kosong' pada permohonan murtad dan ini menunjukkan rakyat kita tertanam dengan tunjang iman yang kuat, insya Allah. Mengikut kiraan, Sabah mencatatkan rekod tertinggi permohonan iaitu sebanyak 238, diiikuti Negeri Sembilan 172, Selangor 99 dan Perak 47.
Namun melihat kepada statistik ini, walaupun tidak kesemua permohonan diluluskan, ini menampakkan perbuatan yang menarik murka Allah ini masih banyak di negara kita dan ia dibimbangi terus merebak. Apa pandangan anda?
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment