Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Cara menulis Jurnal/Makalah ilmiah (bahagian 2)

sambungan langkah penulisan jurnal ilmiah (bahagian 1)..

MODUL 8: Seksyen Pengenalan
Dalam membina perenggan di seksyen pengenalan, peserta harus mengetahui ciri-cirinya yang betul. Mereka juga perlu mengekalkan gaya komunikasi ilmiah daripada awal lagi. Modul ini mendedahkan teknik yang betul menulis seksyen yang ringkas namun penting ini.

MODUL 9: Seksyen Rujukan dan Petikan
Modul ini membimbing secara hands-on bagaimana menulis rujukan berdasatkan standard APA. Peserta juga ditunjukkan kaedah memetik rujukan supaya tidak terjebak dengan isu plagiarism.

MODUL 10: Seksyen Abstrak
Modul ini membimbing peserta menulis abstrak kertas kerja dengan jelas, namun simpel dan padat. Mereka akan diterangkan dengan ciri-ciri abstrak yang baik. Sesi praktikal mencabar mereka menulis abstrak bagi kertas kerja yang sudah siap, namun sengaja dibuang bahagian abstraknya.

MODUL 11: Memilih Tajuk yang Ampuh
Memberi tajuk pada kertas kerja seumpama memberi nama kepada anak yang baru lahir. Ia perlu unik, sesuai dan merangkum. Modul ini juga menyediakan sesi praktikal yang mencabar peserta memberi tajuk bagi kertas kerja yang sudah siap, namun sengaja dibuang tajuknya.

MODUL 12: Hubungan Penulis dengan Penerbit
Kertas kerja yang berkualiti tinggi sekalipun tidak menjamin ia diterima bagi diterbitkan dalam jurnal atau prosiding persidangan antarabangsa. Peserta akan ‘dibocorkan’ dengan rahsia trainer menembusi penerbitan antarabangsa sehingga makalahnya diindeks di SCOPUS.

MODUL 13: Menguruskan Penerbitan dan Editorial
Penerbitan jurnal bukan proses yang mudah. Ia melibatkan banyak pihak. Peserta akan didedahkan dengan teknik bagi melicinkan proses penerbitan, pelantikan pakar, editorial dan sebagainya.

MODUL 14: Penyuntingan, Pewasitan dan Pemasaran Jurnal
Setelah artikel diterima daripada penulis, ia perlu melalui proses penyuntingan dan pewasitan yang sempurna. Modul ini membimbing peserta dengan tip sehingga jurnal dapat dipasarkan.

MODUL 15: Pemasaran dan Pengantarabangsaan Jurnal Malaysia
Setelah jurnal siap dicetak, ia perlu dipasarkan. Walaupun jurnal ditulis dalam BM, matlamat pemasaran ke persada antarabangsa wajar dijadikan matlamat. Peserta akan mengetahui proses yang terlibat dalam modul ini.

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger