Semasa 2 anak bulus yang hyperaktif sampai baru-baru ini .. Lebih kurang sebulan lepas.. tarikh 11-4-11 memang senang nak ingat..inilah tarikh budak 2 tu menjejakkan kaki mereka 2 pasang masing-masing ke rumah.. Alhamdulillah..wansiti berjaya menyiapkan tunnel untuk mereka..
Idea asal adalah buat tunnel untuk Momo yang gembira ni.... akan tetapi, belum sampai masa yang sesuai untuk buat tunnel tersebut, Momo dengan sukarelanya membasahkan paper beg tersebut dengan kencingnya.. aisyh..~ sabo je la..~
Layan je gambar semasa proses membuat tunnel untuk Justin & Betty..
Permulaan... base/tapak dalam tunnel perlu dikemaskan ...
inilah rupa paper beg yang terpakai setelah dilapisi dengan kertas-kertas juga yang 'terpakai' di dalamnya
Mula membentuk terowong [jika perasan, ini adalah beg kertas yang diperolehi semasa konvo dahulu, alumni USIM]
Dilekatkan menggunakan salotep...
tunnel bergambar bersama alatan yang digunakan untuk membuatnya..
Akhirnya, inilah rupa tunnel tersebut... masih elok bulat.. Namun dah menjadi bersegi dan penyet setelah diligan oleh budak bulus berdua tu...
Momo yang merajuk...sebab tak dapat nak masuk dalam tunnel yang kecik saiznya tu... mioahahaha!
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment