2,3 hari ni, Momo meragam ckit, suka buat sepah dengan merata-rata tempat dia p spray. Mungkin dia dah mula nak biasa-biasa dan nak tunjuk kerenah lamanya sebelum di neuter. Pakcik sebelah umah kata dia nak manja-manja, aih... Momo, Momo.. jentik telinga tak jalan..
spray air baru dia nak takut.
Dalam sehari ada beberapa kali basuh cage dan salin "shredded paper", sambil mengemas cage momo tu, sambil saya bebel.. Bebel bagi dia faham, kenapa buat cmtu tak boleh, macam ni yang boleh dan baik.
Momo pada 3 minggu yang lepas.
Jika sebelum ni, jika saya borak atau tanya soalan kat dia, mesti dia akan balas dengan mengiow balik, kunun-kunun seperti dia menjawab soalan dan buat-buat borak dengan saya. Tapi kali ni, bila time dia kena bebel, tahu pula yea dia senyap dan dengar sahaja segala bebelan ringkas saya tu. Kelakar la Momo, (nak tergelak pun ada). Lau ikutkan saya pun tak suka bebel sangat. Tapi nak bagitahu dia, "Mama tak suka kelakuan Momo macam ni, jadi sepatutnya Momo berkelakuan seperti ini."
Momo selepas kena kasi. Nantikan gambar terbaru Momo.. ^_^
Nampak ja saya, pandai pulak dia masuk toilet yang disediakan dalam cage tu, pantang lepas dari mata. dah... mula membuang di tempat dia tidur.. apa la Momo nie, dah kena tidur ng bau yang tak menyenangkan tu.. huu, busuk!~ macam le dia boleh fikir macam manusia.
Kami agak-agak, mungkin juga Momo tengah confius lagi... huhu...
Semalam, lepas ja kul 12 malam momo terpaksa dimandikan, abes satu badan, satu cage dan juga satu rumah berbau, dia sakit perut kot, mungkin silap makan masa lepas dia main kat luar. (elok juga dia tidur dalam cage sekarang). Disebabkan dia masih dengan tabiat kencing merata-ratanya tu, dia tidak dibenarkan keluar dari cage jika takde saya mengawasnya di situ.
Bagi hari ni, dia berkelakuan baik dan sopan. Moga esok momo lebih sopan dan baik, insya-Allah.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment