Bagaimana berdepan dengan analisis makanan, apabila senario seperti sesuatu produk di ragui status halalnya. Apabila tiba soal makan, ramai yang sensitif dengan halal atau haramnya suatu makanan tersebut. Yea, menjadi sangat sensitif.
Isu akhir-akhir ini yang menimbulkan keraguan lagi, apabila autoriti badan seperti JAKIM diragui apabila sesetengah produk yang telah diberikan sijil halal oleh mereka dikatakan mengandungi unsur haram. Antara produk yang hangat diperkatakan sekarang adalah (isu semasa halal di radixhpa4u.blogspot):
1. QBB Ghee
Rantaian email yang diterima oleh pengguna, yang mendakwa QBB Ghee mengandungi lemak babi. Kesahihahannya masih dikaji. Menjauhi yang syubhah (yang diragui) itu adalah lebih baik.
Harian Metro Online, 11 Jun 2010 & Utusan Online, 10 Jun 2010| Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu.
Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah.
Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah.
“Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.
“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim.
“Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya.
Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi.
“Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya.
Sumber itu berkata, percampuran produk halal dengan daging babi terbabit boleh menimbulkan syubahah (keraguan) dari segi hukum syarak dan tindakan pemilik kilang itu menyalahi peraturan dan garis panduan yang tertakluk dalam syarat pemberian Sijil Pengesahan Halal Jakim.
“Malah, siasatan lanjut mendapati produk babi dan makanan halal termasuk mi dan kuetiau dicampurkan di dalam satu lori sejuk beku yang sama sebelum dihantar kepada pelanggan dan peruncit di Sungai Petani,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan ada kira-kira 15 pekerja termasuk pekerja warga asing Bangladesh memproses makanan berkenaan dan kebanyakannya memakai pakaian yang memaparkan logo halal.
“Pekerja mereka pakai baju dengan logo halal sedangkan pihak syarikat turut menjual babi. Tindakan itu seolah-olah mempersenda Islam,” katanya.
Menurutnya, pemilik syarikat terbabit berusia 40-an memberi alasan mudah apabila memberitahu tidak tahu ia satu kesalahan mengikut hukum Islam.
“Susulan itu, KPDNKK merampas lebih 20 peket bebola babi berkenaan untuk tindakan lanjut. Siasatan turut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi,” katanya.
3. Sembelihan ayam yang mengikut syara'.
Apa yang bagus? Ternak ayam dan sembelih sendiri, atau makan ikan sahaja? Bagi ibu-ibu dan bapa-bapa, dan sahabat-sahabat, boleh mula memasak sendiri di rumah. Untuk pengguna tegar dan pelanggan-pelanggan restoran/kedai-kedai makan yang tak boleh elak untuk makan di luar, cuba jadi cerewat sikit, dengan bertanya, ayam yang dimakan itu disembelih dan dibeli dari mana?
4. Sayur taugeh ditanam bersebelahan tempat proses babi.
Taugeh yang dimasukkan di dalam Cha kuey tiaw.. Cuba anda bayangkan.. Sayur pun dah tak selamat. hmm, ada sedikit perasaan menakutkan? oh, tidak berniat untuk itu, cuma berharap, semoga kita lebih peka kepada apa yang berada di sekeliling kita di masa hadapan.
Kesimpulan: Begitu banyak pengedar barang keluaran Muslim, segalanya terpulang kepada pilihan pengguna itu sendiri, untuk menjaga kebaikan darah-daging yang bakal terbentuk dari sumber makanan dan minuman, tidak salah kiranya kita menjadi lebih kritikal dan pemilih. Seorang yang 'choosy' dalam soal makan/minum adalah lebih baik dari seorang yang sopan, penyantun dan pasrah kepada apa sahaja yang dihidangkan kepadanya.
-Tepuk dada, tanya Iman-
Jika deriamu masih mendengar kata imanmu, maka itu tandanya
jiwamu masih hidup,
Jika diam, kosong dan tiada tanda imanmu berkata-kata
-Semaklah kembali amalanmu-
-Muhasabah-
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment