Kami suka baca ini, tips yang banyak membantu dari Nuffnang, insyaa ALLAH
Kami ingin mengalu-alukan anda sebagai sebahagian dari komuniti blog Nuffnang dan terima kasih kerana sudi mendaftar blog anda dengan Nuffnang! Kami ingin berkongsi petua bagaimana meningkatkan pendapatan blog anda dengan mengikuti langkah-langkah tersebut.
Apakah yang anda perlu lakukan?
Sebelum kita boleh memperuntukkan iklan kepada blog anda, sistem kami memerlukan masa untuk memproses trafik blog anda. Proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda memasang unit iklan di blog anda, oleh itu jangan risau jika tidak ada iklan dipapar di unit iklan anda. Selepas blog anda diserahhakkan kempen, anda akan mendapat emel tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations kami. Jika anda tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut, anda boleh emel ahli Ad Ops kami untuk menarik diri daripada kempen tersebut.
Sebagai rangkaian blog yang terbesar dalam Malaysia, terdapat banyak cara untuk anda untuk mengambil bahagian dalam komuniti Nuffnang. Berikut adalah tips daripada kami:
- Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari.
- Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
- Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
- Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
Pengiklanan banner Nuffnang
Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan.
Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment