Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Prof. Dr. Azali Tidak Sambung Kontrak

Salah satu peristiwa penting yang turut berlaku sepanjang tahun 2010 ialah kedudukan Prof. Dr. Azali Mohamed yang tidak menyambung kontraknya sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP). Beliau digantikan oleh Prof. Dr. Fauzi Ramlan yang sebelum ini dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Prof. Azali dilantikkan sebagai TNC HEP pada 16 Mei 2004. Perlantikannya dibuat dalam suasana yang penuh kontroversi. Ini kerana, perlantikan beliau didakwa dibuat kerana hubungan rapatnya dengan Menteri Pengajian Tinggi waktu itu. Sekaligus, ia menafikan kedudukan Prof. Dr. Fauzi Ramlan yang sepatutnya memegang jawatan tersebut. Sebagai ganti, Prof. Dr. Fauzi Ramlan telah dipinjamkan ke Kepenterian Pengajian Tinggi.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=cOT73r4V6Bo]

Prof. Dr. Azali pernah menimbulkan kontroversi di Youtube pada September 2007. Ia berikutan kritikannya terhadap kerajaan negeri Kelantan dalam sebuah kem pemantapan kolej. Ucapannya ini telah menimbulkan kemarahan khususnya dari kalangan mahasiswa Kelantan.

Beberapa kes pembuangan kolej melibatkan mahasiswa yang dilabel sebagai 'anti-establisment' juga sering berlaku sewaktu beliau memegang jawatan TNC. Mahasiswa yang menjadi calon serta bertanding dalam Pilihan Raya Kampus selain dari calon Aspirasi sering menjadi sasaran pembuangan kolej. Antara yang paling mendapat perhatian ialah apabila dua orang MPPUPM bukan Aspirasi, Nor Farhana Farzieana Azmi serta Nur Shafiqa Ali yang dinafikan hak untuk tinggal di kolej. Kes ini berlanjutan hingga di bawa ke Parlimen.

Setelah hampir 6 tahun menyandang jawatan TNC HEP, beliau akhirnya tidak menyambung kontraknya pada pertengahan tahun ini. Tempat beliau telah digantikan oleh Prof. Dr. Fauzi yang sebelum ini dipinjamkan ke KPT. Beliau kini berkhidmat sebagai pengarah di Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar di KPT. link

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger