Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

BAGAIMANA REMAJA MENCAPAI KETENANGAN - Part 1

Oleh: Prof. Madya Syed Omar Syed Agil 

Petikan dari buku beliau MELENTUR REBUNG yang bakal terbit tidak berapa lama lagi ..

Sebagaimana yang disebut sebelum ini, ketenangan adalah penting dalam kehidupan seseorang insan. Tanpa ketenangan seseorang insan akan hidup dalam keadaan keluh kesah dan menghadapi perasaan dan jiwa sepanjang hidupnya dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit fizikal yang berkaitan dengannya. Malah ia boleh menjadi pembunuh dalam senyap (silent killer). Dalam Islam ketenangan adalah satu keadaan dalam diri seseorang insan yang mempunyai kaitan dengan roh dan iman dalam hatinya. Ia bukan sahaja bergantung kepada jumlah harta, rakan dan anak yang di miliki oleh seseorang. Ketenangan adalah sumber kebahagiaan yang sebenar dalam kehidupan insan.
Letakkan dunia di tapak tangan, dan Allah di hatimu


Oleh kerana itulah Islam melihat hati sebagai satu sumber yang penting yang menentukan status amalan, ketenangan dan kekuatan dalaman manusia. Imam al-Ghazali menekankan bahawa kebahagiaan itu adalah keadaan dalam roh manusia dimana aspek keadilan menimbulkan keseimbangan dalam diri manusia dan dimana kehendak manusia tunduk kepada akal dan syariat Islam. Beliau telah menggariskan empat kategori ‘wasa’il’ atau jalan-jalan untuk mencapai kebahagiaan akhirat untuk menjadi matlamat akhir manusia iaitu:

1. Keperluan atau kebaikan roh (al-fada’il al-nafsiyya)
2. Keperluan jasmani (al-fada’il al-jasmaniyya)
3. Keperluan luaran (al-fada’il kharijiyya)
4. Keperluan kepada pertunjuk Ilahi (al-fada’il al-taufiqiyya)

Pencapaian keperluan atau jalan-jalan ini mengikut syariat Islam akan memberikan impak dan kesan yang positif terhadap roh dan hati manusia serta membantunya untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Kepentingan Hati Dalam Islam
Hati ialah penentu amalan sama ada amalan buruk iaitu pekerjaan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T. ataupun amalan baik iaitu pekerjaan yang diredhai oleh Allah S.W.T sebagaimana yang terdapat dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam badan manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu, maka baiklah jasadnya. Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh jasadnya. Dan daging itu ialah hati". (Al-Hadith)

Hati memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenis amalan yang dilakukan oleh manusia. Ia merupakan sumber kepada segala perbuatan yang dilakukan oleh seseorang manusia. Hati manusia akan diperiksa oleh Allah S.W.T. pada hari pembalasan sepertimana yang dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa kamu tetapi Allah melihat pada hati kamu". (Al-Hadith)

Dalam Al-Quran pula, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Pada hari itu tiada bermanfaat harta dan anak-anak kecuali orang menghadap Allah dengan hati yang bersih". (Surah al-Syu’ara 26:88-89)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa apa yang akan disoal oleh Allah S.W.T. ialah hati. Ini bukanlah bererti amalan itu tidak penting, tetapi yang akan menentukan sama ada amalan itu akan diterima oleh Allah S.W.T. atau tidak ialah hati itu sendiri.

Hatilah yang akan melahirkan kesempurnaan dalam ibadah. "Daripada hatilah lahirnya khusyu’ dan ikhlas seperti, menghadirkan hati dalam sembahyang semata-mata kerana Allah S.W.T. Sekiranya tidak Khusyu’ maka ibadah seperti sembahyang akan cacat. Hati merupakan tempat wujudnya ketenangan dan kebahagiaan. Mungkin manusia menyangka ketenangan dan kebahagiaan itu terletak pada harta, kekayaan dan sebagainya tetapi sebenarnya ia terletak pada hati.

Pernah berlaku satu peristiwa yang mana terdapat seorang lelaki memarahi isterinya dan dengan cepat mengucapkan ancaman, "Nanti! Saya akan melenyapkan kebahagiaanmu". Isterinya menjawab dengan tenang, "Anda tidak akan sanggup melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak sanggup memberi kebahagiaan kepadaku". Kemudian suaminya bertanya, "Mengapa aku tidak sanggup melenyapkan kebahagiaanmu?" Isterinya menjawab dengan penuh keyakinan, "Seandainya kebahagiaanku terletak pada perbelanjaan, tentu anda akan sanggup melenyapkan dan kalau terletak pada pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya, tetapi kebahagiaanku ialah sesuatu yang bukan milik anda dan tidak dapat anda kuasai baik oleh diri anda sendiri atau orang lain". Suaminya bertanya dengan penuh kehairanan, "Oleh itu di mana kebahagiaan?" Isterinya menjawab, "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku, dan iman itu berada dalam hatiku. Tidak ada orang lain yang boleh menguasai hatiku selain daripada Allah S.W.T."

Dengan ini jelas bahawa kebahagiaan itu terletak pada hati dan bukan kepada hal-hal lain. Tuhanlah yang menurunkan ketenangan dalam hati orang Mu’min supaya makin bertambah keimanannya melebihi keimanan yang sudah sedia ada.

Hubungan Hati dengan Iman dan Amali
Iman ialah kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh dalam pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Imanlah yang memberi ketenangan dan kekuatan dalam hati. Orang yang tidak mempunyai iman atau mempunyai iman yang lemah akan menimbulkan suasana keraguan, keluh kesah, gelisah, tidak tenang dan tidak tetap pendiriannya.

Oleh itu amatlah penting iman itu berada dalam hati supaya dengan juga akan timbul keyakinan yang mantap terhadap Allah S.W.T. di samping ‘aqidah Islam itu sendiri. Keadaan ini akan melahirkan individu Islam yang diredhai oleh Allah S.W.T. Orang yang beriman kepada Allah S.W.T. ialah orang yang meyakini akan kewujudan Allah S.W.T. dan memahami akan sifat-sifatNya. Hatinya akan berasa tenang, bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan redha terhadap apa yang menimpanya. Contohnya. Orang yang meyakini akan keesaan Allah S.W.T. hingga meresap dalam hatinya akan memberi kesan dari sudut membebaskan dirinyadaripada perhambakan diri pada manusia dan seterusnya membawa kepada perhambaan hanya kepada Allah S.W.T. semata-mata. Dengan hati yang yakin, tidak ada kuasa manusia atau kekuatan yang dapat menghalangnya daripada memperhambakan dirinya kepada Allah S.W.T. Keyakinan yang mendalam terhadap Allah S.W.T. telah menguatkan hatinya sehinggakan dia tidak mahu mengingkari Tuhan yang menciptakannya, semata-mata kerana mengikut hawa nafsu, kehendak manusia dan pengaruh syaitan. Dia akan hanya mengikat dirinya dengan peraturan biatan manusia selagi peraturan tersebut tidak bercanggah dengan peraturan Allah S.W.T. kerana hatinya yakin bahawa hanya Allah S.W.T. sahaja yang berhak disembah dan ditaati. link

bersambung ...

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger