Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Rumah kata pergi, kubur kata mari..Awal Muharam 1431 H

Lilypie Angel and Memorial tickers


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar (walaupun rahang saya masih terasa sakit ketika menulis entry ini) semasa di bilik operasi PKUPM pagi semalam (khamis). Walaupun saya tak pasti kenapa tiba-tiba saya merasa sayu dan takut amat sangat untuk cabut gigi baby (nama lain bagi gigi bongsu, maklumat lanjut, lihat di sini) kali ini..Perasaan nye tak sama dengan perasaan sewaktu 2 batang gigi baby saya sebelum ini semasa di cabut. Mana tak sayu, bila saya terpaksa mencabut gigi baby ni kali ini bagi menyelamatkan gigi kekal yang berada bersebelahan dengan gigi baby tersebut. Gigi baby kali ini sangat 'mantop' (memetik kata-kata doc. gigi saya, Dr.Joyce) dan sangat sihat, namun kelahirannya mengganggu tugas jirannya untuk menghadam makanan dan seterusnya menyebabkan rasa sakit ketika saya mengunyah makanan akibat jarak 2 gigi ini adalah sedikit renggang. Akibatnya, ada hamba Allah yang suka menyelit antara mereka. (faham ke? lau tak faham, soalan boleh diajukan dalam sesi Q and A yea kawan-kawan).


Antara dua pilihan
Begitu la kita manusia yang berada di dunia ini. Sentiasa berada dalam 2 persimpangan (sekurang-kurangnya dua..ada yg antara 3, 4 pilihan) yang perlu dipilih. Bila saya ditanya tentang soal perkahwinan contohnya, kenapa saya memilih untuk tidak berkahwin buat masa sekarang, tetapi lebih berat kepada menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran saya?
Ini adalah keputusan yang saya ambil setelah saya mendapat ketenangan hati di dalamnya setelah dating dengan kekasih hati saya (Allah SWT). Di samping sebab-sabab lain yang saya hilangkan wording nye di sini secara sengaja. (Nak tau lebih lanjut, sesi Q and A).


Takut dan menggigil
Selepas gigi baby dicabut, saya dapati diri saya menggigil dan kesejukan, secara automatik terbawak dalam fikiran saya, 


"saya baru cabut gigi dah menggigil, macam mana la rupanya/rasanya orang yang sakit kena mata pedang? sakitnya terkena peluru senapang? sakitnya adik-beradik seIslam kita di lapangan perjuangan yang hakiki? bagaimanakah rasanya?"


Menitis air mata saya saat itu, tanpa sedar, saya masih di kerusi empuk klinik gigi, PKUPM. Tindakan bawah sedar saya rupanya disedari oleh Dr.Joyse, dan beliau secara spontannya menegur, 


"Kamu menangis? bawak bertenang yea,.tarik dan hembus nafas macam biasa dan rehat dulu atas kerusi ni"


p/s: bagaimana dengan tahap iman kita hari ini? sudah sediakah kita ke negari yang abadi dengan iman yang ada itu? sudahkah?





Suka entri ini? (=^_^=)

comment 3 comments:

Subandi Samsumin on December 28, 2009 at 7:14 AM said...

orang yang banyak ilmu ,pasti harus lebih sabar, kalau tidak berarti masih belum berilmu,betul ?

Assiddiq on December 28, 2009 at 1:09 PM said...

Salam..

Guru saya selalu berpesan hidup ni ibarat kita udahpun meniti titian sirat.. Bermacam2 godaan dan cubaan untuk menjunamkan kita ke neraka jahanam dalam perjalanan kita untuk berjumpa dengan Nya dan menuju ke syurga..

Ada hadis mengatakan 999 jalan dan cubaan yg akan menghalang kita dari memasuki syurga kecuali satu jalan..

Iaitu Alquran dan sunnah sebagai panduan dan senantiasa berpegang pada tali ALlah..

Bila datang perkara yg cuba menjatuhkan kita dari titian ni maka berusha lah mencapainya kembali.. Dengan Istigfar.. Selawat.. Mengucap..

Takkan kita nak biarkan 999 godaan ni menjatuhkan kita dari titian ni.
Mohon kepada ALlah moga diberi kekuatan untuk kita menghadapi ini semua. Semua dalam kekuasaanNya..

Ingat.. ALlah akan menerima taubat hambaNya selagi kita tidak syirik padaNya maka jangan lah kita putus asa dengan rahmatNya. Cuba dan cuba juga meniti di titian ini walau sebanyak mana cobaan. Terus berpegang padaNya.. Subhanallah..

Tiada daya kecuali pertolonganNya..

Nasihat untuk diri saya juga,,

Jika kita tersedar akan kelalaian kita maka segera istigfar(kembali padaNya)

Istigfar ni hadirkan dalam hati penyesalan..Bukan istigfar sekadar di mulut..Wallahualam

Unknown said...

terima kasih subandi dan assidiq untuk ingatan dan teguran itu,
sesungguhnya kita di dunia ni sentiasa di uji, oleh itu dekatkan diri dengan kelompok terbaik yang memandang ke arah jalan Allah sentiasa, semoga kita tidak hanyut..
insya-Allah

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger