Mengarang cerita di blog ataupun mengarang 'paper sains' saya ni.. Akan tetapi bila masa tengah termenung, menunggu, duk kat dapur atau dalam toilet, idea datang lak mencurah-curah mintak digarapkan di atas kertas..
Masa ni, keyboard lappy pun tgh sakit ....macam nak tertanggal pun ada nampaknye nie....kesian nye kat dia....nak kata makan daging banyak sangat,tak pernah lak p suap daging kat lappy ni....heeeee :D
Dunia Sudah Maju
Kebanjiran air yang berlaku di negeri-negeri pantai timur, di selatan tanah air, iaitu Johor dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya (yakni kawasan rendah dan mudah ditenggelami air) adalah satu bentuk kebanjiran yang sibuk diperkatakan mutakhir ini...Namun, di sebalik air banjir..ade satu lagi makhluk lain yang turut banjir di atas jalan raya sejak-dua-menjak ini...makhluk tersebut bernama KERETA.
Dengan kebanjiran kereta ini, maka mencipta satu persoalan di benak ini apabila melihat rata-rata orang yang menaiki kereta-kereta tersebut adalah bergerak secara solo, atau dalam kata lain, naik kereta secara berseorangan dan bukan berkumpulan (termasuklah diriku..huuuu). Musim hujan kan, susah ckit nk bergerak dgn motor..Tapi ke manakah hilangnya kesedaran berkongsi kereta? Pelbagai alasan/kesusahan mungkin tercipta apabila disyorkan kongsi kereta, bagaimanakah kereta akan dikongsi?
* jika arah destinasinya berbeza,
* jika jiran sebelah rumah, tapi seorang menuju ke selatan, seorang lagi menuju ke utara?
* jika masing-masing buat don't know je time bayar minyak/tol...etc.?
Jawabnya, sikap tolak-ansur yang tinggi amat diperlukan waktu ini...Amalkan sikap gilir kereta dan driver ke....well.....hendak seribu daya, tak nak beribu alasan! :p
ho....ho.....balik kampung!
Balik ke kampung dengan kereta sudah tidak menyeronokkan lagi apabila terpaksa beratur panjang dari bandar Raub lagi sampailah meleret-leret ke puncak Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu. Memang terbukti dan betullah, ramai orang Kelantan yang menetap luar dari Kelantan. Namun, kebanjiran kereta yang agak melampau-lampau sejak-akhir-akhir ini menimbulkan satu perasaan yang tak enak bagi diri ini, apabila:
1. Perjalanan p makan kenduri yang mengambil banyak masa, walaupun tempat dituju hanya 15 minit perjalanan di hari-hari biasa (bukan hari peristiwa/perayaan)
2. Pengunaan dan pembaziran bahan api yang banyak
3. Pencemaran udara yang melampau
4. Kereta ku dilanggar lari masa tengah park di Taman U, Seri Kembangan, Serdang (ada kaitan kot)
5. Pembaziran masa
6. Meruntuhkan kesabaran
7. Mengundang marah...
Gambar: kereta saya yang remuk dilanggar
(anggaran kos mengetuk & mengecat semula, RM 120)
(anggaran kos mengetuk & mengecat semula, RM 120)
Walaupun point yang ke-4 di atas adalah yang paling ku-kesali, namun perkara sudah terjadi..orang yang melanggar pun mustahil nk dikejar setelah aku, Kak Diha dan Irmiey membuat kesimpulan bahawa yang melanggar keretaku itu adalah lori angkut sampah..Memang kawasan perumahan di Taman U itu agak sempit,..dan ditambah lagi dengan kehadiran keretaku untuk menyempitkan keadaan di situ, memang sendiri mngundang padah..Sudahnya, daku kebocoran duit lagi bulan ini, peruntukan ongkos diperlukan untuk mengetuk body kancil DAJ ku yang sudah kurang handsome nie...uuwaaaaaa!
Inilah hakikat yang perlu ditelan dan diterima...
Kebanjiran kereta..
Galakan pembelian kereta dengan slogan
kereta mampu milik membawa saya kepada isu rebat kereta yang ditulis oleh saudara Irwan Asri Mohd Nor (Mac 2009). Pendekatan setiap negara adalah berlainan, ada negara yang memikirkan semata-mata untuk keuntungan melalui penjualan kereta;
ada yang memikirkan untuk melakukan pelupusan kereta-kereta lama (berusia 5-15 tahun), kerana keluasan tanah yang tidak mencukupi untuk menampung kebanjiran tersebut;
ada yang beralasan, bagi mengurangkan kebanjiran kereta import..(isu AP)
maka dihasilkan kereta keluaran tempatan semaksimum mungkin;
dan pelbagai alasan lain dikemukakan....
Apa pula pendirian kita?
Think...Think!
Proses penajaman akal diteruskan ....,,,
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment