Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
1 ulas kunyit hidup
3 biji bawang kecil
10 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 senduk tempoyak
1 batang serai
Sedikit asam keping
3 cawan air
garam secukup rasa
gula (sedikit sahaja)
lau ada daun kunyit lagi best
Add on: air asam jawa dan limau nipis (perap ikan), jika nak lebih ramuan, tambah bunga kantan, daun kesum dan timun cina..
Cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan
2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api diblend sahaja..(lau rajin tumbuk halus lagi bagus)
3. Gaulkan bahan yang telah diblend dengan tempoyak tadi dalam periuk
4. Letak atas api dan masukkan air
5. Kacau sehingga sebati
6. Masukkan juga asam keping daun serai yang telak diketuk (daun kunyit)
6. Selepas 3 minit, masukkan ikan yang telah dibersihkan
7. Letak garam secukup rasa (lau terlebih pedas, boleh cover dengan menambah sedikit gula)
Kadang-kadang saya tumis bahan blend, tapi kebanyakan masa, boleh je terus nak masukkan dan gaul dalam periuk, seperti cara di atas..
Suka entri ini? (=^_^=)
3 comments:
sedap tu.. mak angkat sy kt jerantut slalu masak.. uhhhuhhuh
Alumni Mahkota:
boleh cuba masak sendiri.,
cara yang paling ringkas, tak yah pakai bawang pun,
cuma perlu masukkan, tempoyak, serai dan garam..
Sudah siap!
Oh, yea...kunyit hidup dan cili api itu wajib,,
tak pedas,
macam makan tak cukup rasa pula..
Post a Comment