Sebenarnya ada tajuk lain yang berlegar di kepala dan minta digarapkan di sini, namun saya tangguhkan dulu bagi memberi ruang kepada sesi muhasabah dan menyemak diri-sendiri,.
Menjadi satu tabiat saya iaitu tidak berapa gemar menghabiskan masa di luar rumah buat suatu jangka masa yang lama. Jangka waktu saya memanfaatkan masa di depan laptop dan menghadap muka empat segi lappy saya ni adalah lebih panjang dari tempoh saya menghabiskan masa di luar. Begitulah saya sejak akhir-akhir ini.
Jika dahulu, waktu petang adalah waktu yang sinonim untuk saya berkejar ke trek joging atau ke mana-mana kawasan lapang untuk menghirup udara segar,. Namun keadaan itu telah berubah sama sekali. Yang pasti, saya lebih suka memerap di rumah dan menghadap kerja-kerja rumah dan "kerja-kerja sekolah'..dan sudah semestinya berinternet.. Setakat ini, tak de ler mencecah 24 hours per day... Sebenarnya, ada jer waktu digunakan bagi aktiviti penting yang lain selain menghadap lappy nie,. Tapi majoriti daripada waktu itu adalah?
berinternet...
Di makmal, online,
Di rumah pun online,
Maka tidak mustahil, jika satu waktu nanti, saya mungkin akan bertemu jodoh melalui internet? atau saya mungkin seorang surirumah yang bekerja sepenuh masa di rumah melalui perantaraan komputer? atau saya mungkin menggunakan internet bagi mengeratkan silaturrahim bersama teman-teman?
Idea menulis post kali ini timbul setelah berbual dengan teman saya yang bernama Yati Hassan (bukan nama sebenar). Beliau sedang meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Sevastopol, Crimea 99011, Ukraine.. (lau salah eja alamat, tolong betulkan yea Yati)..
erm, butir-butir perbincangan sangat menarik-saya rasa, yea la..masing-masing sibuk dan alih-alih dapat borak dan sembang pun, kat internet, ..(internet lagi)..rindu nak borak lagi dengan yati dan kawan-kawan yang jauh di mata, namun hakikatnya dekat di hati...hahaha..
Gambar: Tetingkap YM yang merakam perbualan antara saya dan Yati
Hakikatnya, dunia sudah maju..
Bagaimanakah caranya yang berkesan untuk memanfaatkan teknologi ini agar bukan kita yang akan dimanipulasi oleh teknologi nanti? think! think!
(sudah menjadi hobi saya, menggantung perbincangan dengan persoalan), Alangkah bagusnya jika orang-orang yang membaca post in dapat berkongsi pendapat dengan saya yea... huhuhu~
Wallahu'alam..
Suka entri ini? (=^_^=)
2 comments:
salam ct..sy pun macam ct,sejak akhir2 ni dh 'melekat' kat pc utk berblogger n berinternet..as wife n mom sy takut gak tabiat ni terus melekat..xsiap keje umah nnt..
hehe....itula, semua nya ada di internet ni, hanya click sahaja..
dari sekecil-kecil hingga ke sebesar-besar perkara..Seperti, mambayar bil eletrik, air, streamyx
hinggalah soal membeli barang-barang keperluan rumah kan?
Mungkin ibunafis perlu mengatur jadual untuk berinternet kot?
Macam saya yang bujang ni pun, perlu menyusun jadual dan mempunyai 'timetable' utk ini....it's like an addiction lau tidak di bendung kan?
:)
p/s: saya dah lawat blog ibunafis, menarik..
Post a Comment