Sepanjang 2 hari seminar berlangsung, bermula dari pagi Sabtu hingga malamnya, dan pagi Ahad hingga penutup program jam 6 petang, rata-rata peserta dilihat bersemangat dan memberikan komitmen dan respon yang jitu pada setiap aktiviti yang dijalankan oleh Dr. Azizan dan pembantu-pembantunya.
Mungkin rentetan aura positif yang dipunyai oleh Dr. Azizan yang memukau hadirin dan disebarkan kepada 'audien' yang hadir..Yang penting, banyak maklumat dan info yang berguna telah dikongsi oleh Dr. Azizan sepanjang seminar ini berlangsung telah diamalkan oleh beliau. Ilmu dengan amalkan lebih berkesan. Di permulaan seminar lagi beliau telah menekankan bahawa, kepercayaan kepada ilmu/apa yang diajar olehnya adalah terpulang kepada individu itu sendiri. "jangan percaya apa yang dicakapkan sebelum diri-sendiri membuat/melalui perkara tersebut".
"Bagaimana seseorang itu mempunyai aura yang begitu kuat, malahan dapat menyebarkan aura tersebut kepada orang sekelilingnya juga? Kunci kepada sebuah kejayaan itu adalah hasil dari keberkatan dan restu ibu bapa dan Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.."
Ini adalah di antara elemen yang ditekankan dalam menentu-ukurkan kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat di samping usaha dan keyakinan positif individu terbabit terhadap keupayaan dan potensi yang dipunyai oleh dirinya. Yang penting, prinsip untuk berjaya adalah,
- komitmen yang dapat diberikan 100% terhadap apa jua pekerjaan yang dilakukan
- diiringi ilmu, dan
- mentor yang dapat membantu
So, please,
'Think positive' and be specific in everything I do !
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment