Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Durian oOoo Rambutan, Makan Free..

Singkat dan menggembirakan!

itulah 2 patah perkataan yang dapat digambarkan pada musim ‘balik kampung’ dan menikmati buah-buahan kampung. seronok jugak ’spend’ masa cuti dengan member satu umah, lepak-lepak di Damansara, keluar p window shopping kt Jusco damansara, haha….Jusco jugak jdk tempat tujuan…

Betullah, kita perlukan masa untuk bertenang, relax….amek mood balik setelah lama kerja dan ngadap paper yang tak sudah-sudah..cuti-cuti Malaysia kt damansara & Slim River..best dan memang ‘rock’ la family hani, hendak2 lagi Mbah (mak kepada ayah hani), yang peramah…lau ade masa, sy & the gang pegi lepak lagi & makan-makan kat sana yea Mbah,..dengan syarat, hani yg kena bawa kitorg la..nk pegi sndiri, aih..malu jugak tu..ekekeke,….

Belajar dan Kerja

sudah lama sy survey ng kawan-kawan rapat, antara mana yang lagi best, kerja ke belajar? haha..pelbagai jawapan sy dengar, bg yang tengah belajar tu, mesti la ‘aim’ nk keja…bg yang keja plak, rasa x syukur, atau mungkin penat dgn kerenah kerja….sampai diorg rs nk belajar balik..!!  aiyak,..! secara ‘ikhlas’nya (ikhlas pn nk cakap, hehe),, bg saya sendiri….rs nk keja je…da tak larat nk belajar ni, lau kerja, leh cuti lebih ckit, (lau yg majikan bagi cuti lebih la), boleh pegang duit sendiri (duit gaji dengan duit elaun belajar lain ckit ‘feel’ duit tu, duit gaji, ade kepuasannya yang tersendiri)…tapi bila kerja nanti, pelbagai ragam lak yang mungkin kita hadapi, bergantung kepada jenis perkerjaan yang dilakukan la, yea tak? hahaha…..senang-senang kerja sendiri le bagus, haha (kalau boleh semua benda kita nak senang)..itu la manusia…..apa salahnya rajin sedikit, rajin banyak lagi le elok..lagipun kita rajin untuk diri-sendri jugak, pulangan nye nanti kita sndiri yang dapat,…

elok jugak dapat bercuti di hujung minggu ni, sekurang-kurangnya, dapatlah sy mengenali macam mane ‘ghupe’ tempat yang bernama Slim River nie, melalui pelbagai simpang sepanjang jalan menuju ke Slim River seperti UPSI, Batang Berjuntai (ha, ni kegemaran Kak Lina), Sabak Bernam…dan tempat2 yang belum pernah sy jejakkan kaki sy lagi, walaupun dalam Malaysia je….yea la, nanti kan nk g ‘obese’ plak kan yob…ehehe…ate, ade rs nk jadik org Perak plak ke ni…??

sama je rasanya, lau da keja nanti, ade masa lapang leh gk lepak ng kawan-kawan yang masih ’single’..bila da kawen nt, susah gk yea nk kuar, jalan-jalan ‘free-will dan acara bebas ni’, da ade komitmen lain plak dengan ‘family’ tersayang..

Walimah dan Open House

Satu perkara yang menarik bila time raya ni, adalah makan-makan, musim melantak makanan ‘free’ dengan bebasnya….(ups, kasar ke bahasa? ntah….) masa ini la, cabaran yang sangat besar bagi hamba Allah yang nk cari pahala untuk berpuasa 6, sampaikan hari ni dah 23 syawal, pun sy sendiri masih terkial-kial nk habiskan puasa wajib dan sunat yang masih belum sempurna., namun, memang tak dapat disangkal lagi, godaan makan free ni, amatla menguji ‘aura’ kekuatan dalaman bertahan menahan nafsu makan…lalalala

bagaimana dengan walimah pulak? haa..bila tiba time ‘mengawan’ (kasar bunyi bahasa gurauan salah seorang teman saya ni) maka orang yang masih single dan bujang trang-tang-tang macam sy ni, tak lepas dari soalan yang biasa didengar…”hyo, demo bilo lagi nk makey nasik minyok?”….”dah ado calon ke..?”…belajar habis bila dan bila nk naik pelamin?”…ekeke, syok gk jawap cm gini, “ESOK kawen”,..

‘Open house’ sejak-dua-menjak ni, makin ramai member yang buat open house, kadang-kadang rs nk wat jugak kt umah sendiri, tp bila pikirkan bab,,nk masak, kemas-kemas., layan tetamu, kemas lagi rumah lepas tetamu pulang, tak jadik la, tangguh dulu la, sy akan buat open house sekali ng majlis walimah yea ESOK…tunggu…..!!!! (harap-harap menjadi la ni, bukan hangat-hangat taik ayam)…huuuuuu~~

ok, rasanya percampuran topik di atas adalah disengajakan..ini lah musim raya dan pertembungan isu yang sering terjadi di sepanjang musim raya 2009 ni yang sempat sy coretkan dalam kamus hidup saya selama 24 tahun sy bernafas di muka bumi Allah yang maha luas nie….

to be continued..

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger