Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Muhasabah, kembalilah wahai diri..~*

“Berilah berita gembira kepada umatnya dengan al-sina’ (darjat tinggi), agama, ketinggian (dunia dan akhirat), kemenangan dan kekuasaan di muka bumi. Barangsiapa yang beramal daripada kalangan mereka dengan amalan akhirat kerana tujuan dunia, maka tiada baginya habuan di akhirat nanti”


Sebuah hadis yang cukup menarik ini dipetik dari kata-kata Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ubai bin Kaab. Terjemahan hadis ini menusuk kalbu dan mendetikkan satu perasaan halus pada diri yang kerdil ini, betapa masih banyak yang perlu dilihat dan diperbetulkan dalam hidup seiring dengan tujuan penciptaan insan di dunia ini. Seperti juga seperti pepatah, “makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan”. Walaupun pada dasarnya perkataan yang sama digunakan di dalam contoh yang diberikan, tetapi, niat dan nawaitu yang berbeza tersirat di sebalik kata-kata “makan” dan “hidup” tersebut.


Saya memetik kata-kata seorang ulama’, Mutorrif bin Abdullah bin al-Shakhir yang berbunyi:


“Kebaikan amalan adalah dengan kebaikan hati, dan kebaikan hati adalah dengan kebaikan niat”


Selari dengan hadis pertama dalam susunan Hadis 40 yang juga menekankan peri-pentingnya “niat” dalam hidup manusia.


Kenapa saya mengutarakan perbincangan yang berat pada kali ini? hmm, ini adalah kerana ‘keberatan perasaan dan kepala, jua hati’ yang bercabang-siur dalam diri saya pada waktu ini. Sehingga apa sahaja yang dirasakan pada ketika ini seperti kosong..kosong fikiran, kosong jiwa (dengan pengecualian: penghayatan dan ingatan kepada Allah sentiasa subur di jiwa), kosong perasaan,.wah, banyak betul kekosongan yang dirasa pada ketika ini.


Semasa saya dan ‘housemate’ (Kak cty wabbit & hani) tengah berjalan-jalan di kawasan perumahan menuju ke trek joging bersebelahan fakulti kejuruteraan, UPM, saya melihat alam sekitar (ups, harap yang ni berlainan dgn istilah cuci mata) dan orang-orang yang lalu-lalang, orang-orang beraktiviti rehlah bersama kawan-kawan dan keluarga., terfikir seketika di benak ni, apalah yang difikirkan yang yang telah dilalui oleh setiap daripada mereka. Mereka pasti mempunyai kisah hidup, suka-duka yang tersendiri..dan diri ini, tiba-tiba terasa kerdil dan muda kembali, seperti kembali kepada zaman kanak-kanak semula..hehehe, ntah le, tiba-tiba rasa macam ni, ape boleh buat…agak2nya memang awet muda la kot…ehehe


Apa yang dikejar sehingga sekarang?


Setiap orang mempunyai visi dan misi hidup yang berbeza, bergantung kepada keperluan, kehendak dan keinginan yang tersimpan di hati dan perasaan masing-masing. Jika saya tanya awak sekarang (wahai, orang yang tengah baca posting ni), apa tujuan hidup awak sebenarnya? hmm….fikir jangan tak fikir,. Mesti banyakkan benda kan dalam kepala tu yang difikirkan. Syukurlah, sekurang-kurangnya, sebagai seorang muslim yang mengaku beriman, kita mempunyai target yang SATU, iaitu kembali kepada Pencipta kita yang Esa dalam bentuk husnul-khotimah (kesudahan yang BAIK) dengan buku catatan ‘amalan yang akan kita terima di tangan kanan, insya-Allah..


Setelah kita tahu tujuan penciptaan diri kita di dunia ini, dengan automatik nya kita akan berusaha bekerja dan bertungkus-lumus memenuhi kriteria orang yang disebut-sebut menerima buku catatan amalan di tangan kanan tersebut..


Namun……


Fitrah manusia, lupa..dan senang lalai bila tidak di ingatkan sentiasa—buat masa ini, bekerja lah, belajar lah dan bermuamalatlah semahunya, akan tetapi, bila cukup masa dan tepat pada waktunya, kembali-lah..,kembali kepada Tuhan yang Esa, rujuk lah ‘fatwa hati’ bila ber’dating’ dengan-Nya, ambillah kekuatan daripada bermunajat dan rasa kehambaan kepada-Nya..Sesungguhnya Allah tidak pernah mengharapkan apa-apa pun daripada hamba-Nya, tetapi kita, kita sebagai hamba-Nya-lah yang sentiasa memerlukan pertolongan dan belai kasih yang padu daripada-Nya…


Walau kita seorang yang telah berjaya* di dalam hidup, atau seorang yang masih berusaha untuk berjaya…jangan dilupa kepada asal kejadian kita, dan sentiasa lah bermuhasabah, dengan menilai kembali diri-sendiri sementara waktu masih ada untuk kita,


Oleh itu kembali lah, sentiasa berusaha mencari jalan pulang kepada Yang Maha Pengampun lagi Maha Mendengar, yang Maha Mengetahui susunan liku hidup hamba ciptaan-Nya..


*(berjaya dalam erti kata yang luas dan ‘general’–’depends’ pada individu itu, memahamkan istilah berjaya)


“Bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit”


(Surah Al-Qamar,54: 46)”


Mujadah melawan nafsu


Saya mengingatkan diri-sendiri dan pembaca post ini, agar sentiasa berusaha melawan nafsu manusia secara semulajadi, iaitu nafsu ammrah bi al-su’ (menyuruh kepada kejahatan). Nafsu yang cenderung dan suka menggalak ke arah kemungkaran dan kejahatan. Seperti kata-kata dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Fudhalah bin Ubaid r.a. yang bermaksud,


“Mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsunya kerana Allah.”


Chayok! berusahalah diri-ku..!

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger