Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Sayur Mudah Tumbuh

Wansiti belum pakar lagi menanam, cuma bila sekali tanam kangkung, dan tumbuh, rasa teruja untuk tanam lagi sayur-sayur lain di tanah sekangkang-kera sebelah rumah ni !!

Bagi orang yang baru bertatih-bertani-kecil-kecilan di kawasan rumah, antara tanaman hijau (kategori sayuran) yang mudah untuk dijaga adalah:

Tanam dengan mencucuk batang (keratan batang)
#Kangkung
(sensitif & sangat suka dengan air, kena pastikan ditanam dan berdekatan sumber air)

Paling mudah ditanam & cepat dituai hasil

#Serai
Pos yang sebelum ini, wansiti tanam serai pada 4 April, tapi silap cara menggembur & permukaan tanah, makanya, serai itu tidak bertumbuh dengan jayanya....huuuu... sedih...
Akan-ku tanam serai baru... Masih tidak berputus asa, sebab serai lah paling mudah tanam & jaga, 
serta antara yang wansiti suka gunakan waktu masak, terutamanya TOMYAM... 
Oh,.. Tomyam... my favourite.. ohops....!! lapar yea? kihkihkih...

#Ubi kayu (sumber: senibertani.blogspot.com)
#Kesum (sensitif & sangat suka dengan air, kena pastikan ditanam dan berdekatan sumber air)
#Cekur Manis

Tanam dari biji benih
#Sawi hijau 
#Bayam merah
#Cili padi (sumber: tatakebun.blogspot.com)
#Tomato 
#Kacang hijau (sumber: tipspetani.blogspot.com)
#Kacang Botol
#Bendi (Nak kawasan panas, dan perlukan banyak baja, tanam selang-seli dengan cili padi untuk geng yang bagus, sebab cili tak perlukan banyak baja, lau terlebih baja pada cili, jadik lain pula)
#Asparagus
#Buncis
Kategori biji benih ni banyak, dan mudah dibeli di pasaraya.

Contoh, jika tak berjumpa dengan pasaraya yang jual kangkung, atau kangkung yang dijual tak berapa gemuk, boleh je beli biji benih kangkung dan semai. 

Tanam berserta akar
#Pandan
#Paku-pakis
#Ulam pegaga


Tanam dari TUBER
#Kunyit
#Halia

Antara bacaan online di blog-blog yang datangnya banyak dari Indonesia dan Malaysia. Juga wansiti menonton cara bertani di youtube,
bertani dengan guru-empat segi begini lah...
Semuanya nak cepat ....
Cepat faham, cepat boleh tanam, cepat juga boleh makan....mohmohmoh...

Oh yea...
Sekarang wansiti gigih menyemai cili padi & betik di dalam pasu...
Sudah nampak anak betik tumbuh, cuma tak pasti lagi betik jantan atau betina tu...

Cili padi pula, 
baru petang tadi selepas hujan, wansiti semai bijinya, selepas beberapa hari pasu tu digembur dan dibiasakan dengan baja compos...

Semoga semuanya bertumbuh-dengan-jayanya, amin...
InsyaaALLAH ... 


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger