Selasa lepas, selang beberapa minit sebelum saya keluar dari rumah klien,tempat yang biasa saya mengajar di Puncak Jalil,
tiba-tiba kedengaran bertalu-talu hon kereta dibunyikan, cermin pecah, kanak-kanak menangis & minyak moto di'press' dengan begitu bingit sekali,
semakin lama, situasi tersebut semakin kuat!
Usai saya mengajar & keluar dari rumah klien, ternampak kereta peronda 2 orang polis sedang catit keterangan mangsa (yang masa tu masih lagi menangis - terkejut dengan apa yang baru terjadi)
....
rupa-rupanya,
jiran klien saya cuba dirompak oleh 4 remaja lelaki (menaiki 2 motor), namun tak berjaya sebab mangsa melawan.
Kata jiran yang seorang lagi,
4 remaja terbabit sudah lama menanti di atas motor, berhampiran rumah klien (tempat saya mengajar).
Kuasa Allah SWT.
hikmah-NYA,
kerana lewat setengah jam saya hadir & habiskan kelas, telah menyelamatkan saya dari dirompak.
Gerun juga dengar klien saya bercerita tadi di sebalik apa yang berlaku.
Suka entri ini? (=^_^=)