Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Fahami Tugas Saintis

Posted: 31 Jul 2010 11:04 PM PDT (sumber)

Oleh : PROF DR. RAUZAH HASHIM


Jabatan Kimia, Universiti Malaya [ http://www.kimia.um.edu.my/]


Selepas kemunculan satu artikel yang ditulis oleh Zalina Yahaya dalam Utusan Malaysia 12 Mac 2002 berjudul Saintis Perlu Tampil, ramai saintis kini diberi peluang menulis di media. Saya berpandangan lebih optimistik. Banyak persamaan di antara dunia sains dan media atau saintis dan wartawan.


Kedua-duanya mempunyai naluri ingin tahu yang sangat tinggi. Tugas saintis dan wartawan adalah mencari kebenaran (hingga sanggup berkorban nyawa kalau perlu). Perbezaannya hanya kepada sistem yang dikaji, metodologi dan cara penyampaiannya.

Saintis mengkaji kejadian alam semesta secara rasional berlandaskan pemerhatian mutlak. Sedangkan wartawan banyak bersandar kepada persepsi mereka dan kadangkala dengar cakap.

Hal tersebut lumrah bagi wartawan yang terpaksa membuat laporan setiap hari dan mencari berita lain untuk keesokan harinya. Saintis tidak mempunyai jangka masa terhad. Rutin harian saintis lebih menyamai kehidupan seorang yang tertib, kajian sains tidak perlu tergopoh gapah.

Seperkara yang saya tidak puas hati adalah apabila saintis dituntut supaya menghasilkan sesuatu yang berguna. Seruan Awang Sulung (Mingguan Malaysia 28 April 2002), supaya saintis keluar dari bilik makmal mereka dengan kejayaan menghasilkan sesuatu untuk masyarakat, bagi saya (saintis yang sering menghasilkan benda-benda yang tidak berguna) merupakan satu provokasi.

Saya faham niat Awang Sulung baik, tetapi inilah persepsi wartawan yang hendak saya perbetulkan tentang tugas saintis. Tugas saintis adalah mencari kebenaran bukan kegunaan. Bila saintis terdesak mengeluarkan sesuatu yang berguna dan komersial, ada kalanya usaha mencari kebenaran terpaksa dipesongkan dan mungkin juga terpaksa dikompromikan. Hal sebegini menggerunkan saintis kerana mungkin akan bercanggah daripada etika profesional mereka. Kejayaan menghasilkan tulang dari batu karang adalah teknologi, bukan sains. Ia menggunakan asas sains yang diketahui sekian lama.
Kebolehan menghasilkan sesuatu berguna sangat membanggakan. Tetapi saya harap ia tidak dijadikan keperluan dan kemestian kerana banyak perkara asas sains yang sama pentingnya yang perlu dikaji. Ini yang harus difahami oleh media dan selanjutnya massa.

Walaupun tidak mempertikaikan apa yang ditulis oleh wartawan, kerana saya sendiri pernah mengalami kesulitan berhadapan dengan media dan komplikasi selepasnya, namun saya berharap kedua-dua pihak dapat saling memahami di antara satu dengan yang lain.

Bila saya ditemu bual oleh wartawan, beliau merasakan penerangan tentang penyelidikan saya terlalu mudah dan bodoh kerana ia tidak menunjukkan hasil yang boleh dikomersialkan. Di pihak saya pula, soalan demi soalan yang diajukan tidak relevan langsung. Bila menggunakan TV dan radio, saya merasa kekurangan masa untuk menerangkan aspek-aspek penting sains. Masa yang terhad selama 10-15 minit tidak memuaskan bagi saintis yang biasa memberi kuliah dan seminar berjam-jam. Alangkah baik sekiranya saintis diberi ruang lebih dalam media massa, seperti yang berlaku di Barat yang berjaya mengeluarkan siri-siri sains yang dikelolakan oleh saintis seperti John Bronowski, David Attenborough dan Carl Sagan.

Penah satu artikel saya disiarkan di dalam akhbar utama. Pada perenggan pertamanya terdapat satu kesilapan. Saya memetik kata-kata Paul Dirac(1929), salah seorang saintis bidang fizik yang mengasas Teori Kuantum dan beliau bukan seorang ahli kimia seperti disiarkan di dalam rencana itu. Kesilapan tipografi atau editorial yang kadangkala berlaku dalam media seperti itu menggerunkan saintis untuk tampil, kerana dikhuatiri massa tersalah sangka. Kesilapan seperti ini walaupun kecil, tetapi bagi saintis, ia dirasakan begitu besar. Namun begitu kita tidak perlu gusar. Sains perlu memahami media. Begitu juga sebaliknya. 

Sekiranya terjalin hubungan kerja di antara saintis dan media, banyak yang boleh dimanfaatkan terutamanya dalam memperkayakan massa dengan maklumat dan ilmu.


p/s: Tahap Pemikiran majoriti rakyat Malaysia masih terkebelakang bila berbicara soal kombinasi sains dan Islam

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger