Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Diam itu bijaksana



Orang yang bijak ialah bila ia berkata-kata, maka kata-katanya penuh dan padat, walaupun, ayatnya singkat. Dan diamnya, suatu diam yang bijaksana. Saya lebih suka menjadi seperti ini, waktu disingkatkan dengan pengucapan yang bijaksana. Namun, kerapkali, bila seseorang itu melafazkan perkataan, penerimaan isi pengucapan itu adalah berbeza-beza mengikut tahap ilmu dan kefahaman si penerima. Walau bijaksana si penutur, si penerima juga perlu bijak dalam mengolah isi ucapan tersebut. Di sini lah terjadinya istilah komukasi dua-hala yang berkesan.

Acapkali, kita terlepas pandang, dan mahu lebih menggunakan satu-mulut dari menggunakan dua-telinga yang dikurniakan Allah. Acapkali, orang lain mendengar kita berkata-kata. Acapkali kita ingin isi hati kita, luahan kita, dan pandangan kita didengar oleh orang lain. Namun, sejauh mana kita menggunakan dua-telinga dan hati kita untuk mendengar luahan orang lain? Sejauh mana kita sama-sama toleransi dalam komunikasi? Sejauh mana kita ingin mendengar orang lain meluahkan perkataan benar, satu pendapat yang bermanfaat jika dapat dikongsi bersama? Suatu hasrat yang terpendam dan masih tak terluahkan?

Lewat ini, banyak blog dan penulis-penulis yang berbakat berjaya menarikan pena di atas kanvas maya,. Mereka bercerita tentang duka, tentang suka, tentang pengalaman yang amat berharga. Yang jika diamati dan dibaca sangat berguna untuk kita. Semoga pengalaman yang dicoretkan mereka-mereka itu dapat kita ambil sebagai pengajaran dan iktibar. Kerana tidak mustahil,. kita juga akan melalui peristiwa yang sama suatu hari nanti. Sesungguhnya sejarah mungkin berulang dan sentiasa berulang-ulang.

Ambil sedikit waktu untuk membaca dan meneladani hasil tulisan karyawan dan penulis-penulis yang menulis berdasarkan pengalaman mereka. Berdasarkan ilmu mereka. Simpan ia diingatan tatkala ia berulang kembali dalam hidup kita, siapa tahu kan? Juga, jangan lupa untuk belajar memproses maklumat yang diterima dengan sebaiknya. Berfikirlah secara kritis dan kritikal. Kamu mampu mengubah tamadun, walhal ‘ Mengubah Dunia’ sekalipun jika kamu mahu dan usaha!




Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger