Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Doa dan terus berdoa..Allah mendengar doa-doamu

Pakcik Samad dan Makcik Minah tinggal di sebuah desa di pendalaman. Pekerjaan mereka ialah membuat tempe dan Pakcik Samad menjualnya di pasar setiap hari. Menjual tempe ini adalah merupakan satu-satunya sumber pendapatan mereka untuk menyara hidup.

Pada satu pagi, Pakcik Samad jatuh sakit, Makcik Minah mengambilalih tugas menjual tempe. Sedang Makcik Minah bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba Makcik Minah tersedar yang tempe buatannya hari tu masih belum menjadi, separuh jadi.

Makcik Minah merasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Sedang Makcik Minah dalam kesedihan, tiba-tiba Pakcik Samad mengingatkan Makcik Minah akan firman Allah bermaksud; "Allah mampu melakukan perkara-perkara ajaib, kerana tiada yang mustahil bagi Allah."

Maka Makcik Minah pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin." Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Makcik Minah sangat yakin yang Allah pasti mengabulkan doanya.

Dengan tenang Makcik Minah menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan Makcik Minah pun membuka sikit bungkusan tu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Makcik Minah termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun Makcik Minah tidak putus asa, sebaliknya Makcik Minah berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Makcik Minah pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya, Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin." Dengan penuh harapan dan debaran Makcik Minah pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?... Makcik Minah menjadi hairan apabila kacang-kacang soya... masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Makcik Minah tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi Makcik Minah bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Makcik Minah berpikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Lalu Makcik Minah pun berangkat ke pasar. Semua keperluannya untuk menjual tempe seperti biasa dibawa bersama. Sebelum keluar dari rumah, Makcik Minah sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu Makcik Minah pun berangkat. Di sepanjang perjalanan Makcik Minah tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, cepat-cepat Makcik Minah meletakkan barang-barangnya. Makcik Minah betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar Makcik Minah pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan yang ada. Perlahan-lahan Makcik Minah membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi???...... Tempenya benar-benar... belum menjadi!!!!!

Makcik Minah pun terkesima seketika. Makcik Minah menarik nafas dalam-dalam. Makcik Minah sudah mula merasa sedikit kecewa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Makcik Minah merasa Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Makcik Minah cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab Makcik Minah merasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula menipis.

Makcik Minah meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Makcik Minah tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan tanpa membawa balik hasil jualannya hari itu. Namun jauh di sudut hatinya, Makcik Minah masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun Makcik Minah tahu bahawa pada hari tu Makcik Minah tidak akan dapat pendapatan langsung, namun Makcik Minah berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempe ku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba Makcik Minah dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Makcik...!, maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi. Makcik Minah termenung dan terpinga-pinga seketika. Makcik Minah terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum Makcik Minah menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat Makcik Minah berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah kacang soya ini tetap seperti semula, Amin."Sebelum Makcik Minah menjawab wanita itu, Makcik Minah pun membuka sikit daun penutupnya. Alangkah seronoknya Makcik Minah, ternyata memang benar tempenya belum menjadi! Makcik Minah pun bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah," ucapnya.

Wanita itu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, Makcik Minah sempat bertanya wanita itu, mengapa dia hendak membeli tempe yang belum jadi. Wanita itu menerangkan bahwa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah jadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun dah kurang sedap.

Iktibar dari cerita ini:

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik utk kita.

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita.

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger