Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 3 Perkara yang Membatalkan Akidah



IBN Jauzi berkata: "Sebahagian ulama berpendapat ayat yang sebelum ini telah dinasakhkan dengan pengecualian pada ayat ini, dan ini bukanlah dinamakan nasakh kerana pengecualian maksudnya mengeluarkan sebahagian dari semuanya yang membawa kepada takhsis."

Sayid Qutub berkata: "Adapun orang-orang yang terus berdegil (di atas kesalahan mereka) dan tidak bertaubat sehingga peluang itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah) telah berakhir, maka mereka akan menghadapi laknat yang diancamkan kepada mereka sebelum ini dengan huraian yang lebih terperinci dan tegas lagi."

Benarlah firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir, mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya. Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran." (Al-Baqarah: 161-162)

Firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir. Sesungguhnya disyaratkan mati dalam kufur kerana hukumnya mengikut bagaimana keadaan mati."

Abu al-`Aliyah berkata: Ini pada hari kiamat di mana orang kafir didirikan kemudian Allah melaknatnya seterusnya manusia dan malaikat juga melaknatnya. Inilah yang dinukilkan oleh Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya.

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab tersebut dan ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah dan iman terbahagi kepada tiga:
* Iktikad.
* Perbuatan.
* Perkataan.

Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran. Secara ringkasnya seperti berikut:
* Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
* Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
* Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.
* Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
* Menghina al-Quran.
* Menghina Rasulullah s.a.w dan sunahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
* Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
* Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
* Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
* Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.
* Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
* Mengaku adanya Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
* Menganut fahaman isme-isme yang lain seperti liberalisme dan lain-lain.

Seterusnya firman Allah s.w.t: Mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya. Ayat ini yang dimaksudkan dengan laknat tiga wajah. Pertama, mereka melaknatnya di hari akhirat. Kedua, dikehendaki dengan manusia di sini ialah di kalangan orang yang beriman seperti pendapat Ibn Mas'ud, Qatadah dan Muqatil. Ketiga, bahawa laknat daripada orang yang ramai.

Firman Allah s.w.t: Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran. Maksud kekal di dalamnya atau padanya ada dua pendapat. Pertama, kembali kepada laknat seperti pendapat Ibn Mas'ud dan Muqatil. Kedua, kembali kepada neraka.

Ayat ini tidak menyebut suatu azab yang lain dari laknat yang menyerkup mereka, malah ia menyifatkan laknat ini sebagai suatu azab yang tidak akan diringankan dari mereka dan tempoh azab itu tidak akan ditangguhkan.

Itulah azab yang mengecilkan segala azab yang lain. Itulah azab diusir, dibuang dan dilayan dengan kasar dan tiada hati yang menaruh belas kasihan, tiada mata yang memandang dengan simpati dan tiada lidah yang mengucap kata-kata hormat.

Mereka dikutuk, diusir dan dibuang oleh para hamba Allah dan oleh Tuhan sekalian hamba-Nya sama ada di bumi dan di alam al-Mala`ul-A'la. Inilah azab yang amat pedih dan amat menghinakan.

Firman Allah: Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran. Balasan itu disebabkan mereka telah menutup pintu yang terbuka itu kepada diri mereka sendiri dan membiarkan peluang itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah) itu berakhir begitu sahaja, sedangkan mereka terus berdegil dengan sikap menyembunyikan kebenaran, memilih kekufuran dan kesesatan.

Iktibar dan pengajaran ayat:
1. Kebahagiaan yang hakiki ialah mati dalam husnu al-Khatimah apatah lagi diakhiri dengan kalimah tauhid.
2. Laknat yang datang daripada Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya menjadi dalil ia termasuk dalam dosa besar.
3. Beriman dengan hari balasan seperti adanya azab neraka adalah benar. 

Artikel ini ditulis oleh, DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) @ sekarang dikenali sebagai (Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 A Heart That Feels For All

Imam Shafi' said, "All humans are dead except those who have knowledge ... and all those who have knowledge are asleep, except those who do good deeds ... and those who do good deeds are deceived, except those who are sincere ... and those who are sincere are always in a state of worry."


The problems and worries besetting Muslims often seem so enormous, complex and inter-connected that there just does not seem any way out. Solutions offered by experts and well-meaning people seem sketchy or impractical. Still, the range and enormity of our problems is no excuse for inaction. Staying paralyzed is no way to conquer the tall mountain looming ahead. We have to start scaling the mountain the only way we can, one step at a time. Every step, however small, however simple, is one step closer to the goal, Insha-Allah.


What is the one small step we could take to restore faith in the universal principle of justice for all and in creating an environment that not only treats everyone with respect & dignity but offers equal safety and protection? In the aftermath of recent mayhem in US, Afghanistan & the ongoing slaughter in the Occupied Lands of Palestine, these are concerns that mock us, fears that agitate us, despair that threatens us all. One solution, and it is not "the" solution, is small and a simple one, "a heart that feels for all"!


When the world becomes a seething cauldron of blood and hate, conscientious people must lead the voice of justice and reason and uphold the timeless rule of "speak the truth". This must be done not to demonstrate valor, but as a matter of duty. Our allegiance is only to the One Creator of all, and our duty is to "proclaim the good and forbid the evil". Far from being rewarded for proclaiming good and forbidding evil, one must expect punishments from detentions to life threats. The degenerated culture of double-standards justify baseless accusations and secret detentions to those calling for justice and reason. And when these honorable people are detained or threatened, we again respond with our predictable insouciance and without an outrage.


Why? Why cannot we, the so-called enlightened citizens, erect a wall of protest making it impossible for expedient politicians to push through such arbitrary and unjust laws? The way politicians today blatantly use and abuse the constituents as lackeys is appalling. Even worse is the brazen impunity with which the injustices are done and without any accountability. If citizens do not band themselves into vigorous, active lobbies to stop such offensive actions of the political establishment, legal bandits also known as armed agents will be at your doorstep soon.


The biggest mistake is to assume bad things happen to other people in other places. If this curse is not stopped today, tomorrow it will be stones smashing through your window, your daughter's being handcuffed or shot at and your son being bulldozed alive. There will not be a Suraida Saleh or a Mohammad Durra (may their souls rest in peace) to save you because when they were being kicked out and shot at, you did nothing.
Humanity's greatest strength is that despite much that goes wrong in the world, the glimmers of hope lies in your action and not in-action!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Adeh, sakitnyer…


Makan untuk hidup atau hidup untuk makan,.??

Walau apapun “reason” yang kamu rasakan paling sesuai ketika ini, yang penting, sebagai seorang muslim yang ber’iktikad bahawa segala ‘amalan (solat, puasa dll) hidup dan mati, lillahi rabbil a’alamin, makanan yang berzat sahaja tidak cukup untuk menggambarkan kesihatan tubuh-badan, tetapi makanan yang suci/ thoyyib adalah penting uttuk kesihatan akal, roh, zahir dan batin, khasnya..


Kerana penting bagi seorang Muslim menjaga makan minumnya daripada benda yang kotor dan haram. Oleh itu, lain kali lau nk makan, dinasihatkn pilih lah makanan, tempat makanan, dan peniaga makanan/minuman yang mengamalkn kebersihan secara “total”.

ups, bukan makanan sahaja yang perlu dijaga, malah segala bentuk perkara yang terlibat dengan diri kita, sama ada ubat-ubatan, kosmetik/make-up dan bahan-bahan yang terlibat “directly”-bersentuhan dengan kulit, pakaian, kenderaan, dll perlu diperhatikan, kerana kita esok (akhirat nanti) adalah apa yang kita perbuat di hari ini~”



sama-sama kita renungkan, dan sama-sama kita amalkan,

SELAMAT BERAMAL~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger