Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Buku hari ini: Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-Doa Mustajab



Pendekatan yang digunakan dalam penceritaan buku ini amat menarik.
Sekali imbas dan scan sahaja.
Saya dapat merasai buku ini dan ilmu-ilmu di dalamnya memanggil-manggil saya untuk lebih memahami dan menghayati setiap butir-butir perkataan yang ditulis di dalamnya.
Daripada scan buku ini selama 15 minit, saya dapat singkap bahawa..
Untuk menjadi seorang pengamal ajaran Islam yang baik, ada ditunjukkan caranya di dalam buku ini. Buku ini bukan sahaja untuk mereka yang ingin menjadi perawat dan minta untuk dirawat, tetapu juga buat mereka yang ingin memantapkan tahap kefahaman dan kepercayaan akidah mereka di dalam syariat Islam.
Umpama buku ini mengajak saya supaya sentiasa positif dan bersangka baik kepada orang lain, menjadi suri-teladan yang baik kepada orang sekeliling dan menjadi yang tabah dan menjalani liku-liku hidup yang kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi pada seminit, 5 minit dan di masa hadapan kita seterusnya.
Saya akan menyambung pembacaan saya dan menghadam/khatam dengan baik isi kandungan buku ini. Supaya dapat dijadikan panduan semasa bertatih di atas hamparan bumi beratapkan langit ini, dan sebelum jasad ditimbus bumi. 
Yang ditekankan dalam hati kita melalui buku ini adalah, sentiasa istiqomah dalam apa jua kebaikan yang kita lakukan dan perbuat. Selamat membaca buku ini dan selamat beramal. ^_^
Wallahu'alam~



Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Imam Muda di Astro

Rancangan "Mencari Imam Muda" di Astro Oasis adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia. Untuk berita lanjut, baca di sini. Pelbagai ganjaran menarik dan hebat ditawarkan kepada bakal juara imam muda ini.

Para peserta telah diinterview dengan memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam. Diharapkan program ini berjaya membentuk siasah imam muda tersebut supaya menjadi ikutan dan contoh yang terbaik kepada golongan muda kita hari ini yang lebih menyukai hiburan. 

Diharapkan beberapa ke-tidak-enakan dapat dikurangkan di kalangan penonton wanita, yang lebih membandingkan rupa daripada bakat. Apabila bukan sahsiah dan ketrampilan yang diperhatikan, tetapi lebih kepada bentuk fizikal. Maka kurang sikit mantop dari segi tujuan keberkesanan program di hati penonton. 

Di sertakan di sini, kalendar program:
Imam Muda – Ujian: 24 & 25 Mei 2010 (Isnin & Selasa), 6.30 petang dan ulangan 11.00 malam, Program dua episod yang memaparkan sesi temuduga dan ujian calon-calon Imam Muda yang dijalankan di Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Imam Muda – Kapsul: Setiap Isnin hingga Khamis, 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010, Program lima (5) minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Imam Muda: Setiap Jumaat, 9.00 malam, bermula 28 Mei 2010, Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.

Kemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 malam, Malam penentuan Imam Muda terunggul pertama.

Imam Muda – Jejak: Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010, Program yang akan mendekati juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda pertama kelahiran Astro Oasis.

Maraton Ulangan Imam Muda: Setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010, Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Al-Wasilah: 15 TEKNIK ATASI TABIAT TERBURU-BURU

Al-Wasilah: 15 TEKNIK ATASI TABIAT TERBURU-BURU

Saya sedang mencuba satu aplikasi diblogspot saya ini. Secara tak sengaja juga, saya terlihat kekunci aplikasi ini di blog kawan kita ni semasa men'google' email sendiri. Apakata, saya masukkan petikan daripada blog lain juga yang bercerita tentang buru-buru ini?

Setelah membaca dan meneliti, banyak kesan yang tak menarik dan menyedapkan hati akan timbul akibat dari sikap terburu-buru ini. Maka, seeloknya, walau apapun yang kamu lakukan, perbuat ia secara tenang dan rileks.

p/s: Rancang segala aktiviti kamu seawal mungkin. Agar tidak timbul sikap terburu-buru.
Banyak cerita yang tak menarik yang mungkin terjadi akibat daripada sikap tersebut.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger