Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Antara Panduan Kesihatan cara Islam

Di bawah ini adalah artikel panduan menjaga kesihatan menurut Islam yang saya perolehi dari sebaran internet yang tidak putus dari sahabat-sahabat.
Namun, antara pertanyaan yang bermain di kepala saya ketika ini, dari manakah sumber 'sohih' yang dirujuk oleh penulis artikel panduan kesihatan cara Islam ini. Alangkah bagusnya jika dapat disertakan sekali sumber rujukan yang aslinya yea?

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum
Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1. Banyak jimak.
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,
MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ia tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Melancap.
3. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
5. Tidak membaca Al-Quran.
6. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7. Mengumpat dan mengata.
8. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2. Selepas berjimak.
3. selepas makan atau sebelumnya.
4. Ketika sedang makan.
5. Selepas memakan buah-buahan.
6. Selepas keluar dari bilik mandi.
7. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH
RASULULLAH S.A.W.
1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit.
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Selamat Hari Ayah~ Hari2 hari ayah..


Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 couple….hehe…besh eak?


apa perkara yg ber’manfaat’ drpd ber’couple’:

1) seronok (dpt fitnah)

2) seronok (dpt dosa)

3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan      duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8 ) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak… )

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber’couple’ terjadi;

1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber’couple’ asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung… so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3) sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can’t be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata “tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le” . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan…

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa … lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng’ayat’ awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat…

8 ) haaa… ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng’ayat’/meng’tackle’, awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng’ayat’. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8… perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu ‘ayat’ sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu…

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber’awek’ disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati…

alhamdulillah niat bagus… tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu’man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W “sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya… ” (Mutfaq’alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya… .
2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu…

Nauzubillahi min zalik…
Wallahu’alam… .
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger